~APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH~
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap
hari..
Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk
menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita
bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu
menanyakan apa yg kita lakukan seharian Saat kita sakit@demam, ayah sering
membentak "sudah diberitahu! jangan
minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan
tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah
kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita?
Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita
sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya.
Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia
menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah
telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan
ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa
menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang
berdiri dan bertepuk tangan untukmu..
Ayah akan tersenyum dengan bangga.. Sampai ketika jodoh kita telah
datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat
berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di
atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia.. Apa kita
tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana
ayah sangat bahagia..
Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan,
tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis
bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama
cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..
Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga
kita.. Begitulah pengorbanan seorang insan bergelar ayah ..
No comments:
Post a Comment