AL-QURAN 1

Friday, February 14, 2014

Sekadar Renungan - Agar tidak Terlalu Mengikut Perasaan

seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan 
sebuah kereta sport daripada ayahnya...
lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, 
seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, 
andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.. 
beberapa bulan berlalu...
ternyata si anak, dengan berkat sesungguhannya..
telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...
si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...
sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya 
dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...
di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah, 
yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, 
menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...
bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati yang berat...
kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...
yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; 
seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya.... 
dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...
penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..
 
Sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi 
tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...
amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...
ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...
bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...
bukan al-Quran ni yang saya nak...
katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...
si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sepicing utk si ayah bersuara...
pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..
lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...
memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....
 
10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai
syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...
cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh...sudah 10 tahun..
sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...
sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...
ayahnya meninggal dunia semalam...
dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...
si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta... 
dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...
memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm
hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas 
meja di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ..
bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...
perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..
 
Membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...
segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah
sampul surat ternyata diselotepkan disitu...kunci itu segera
dipungut...hatinya tertanya2...nyata sekali...di dalam sampul surat
itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari
konvokesyennya...dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... 
 
sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..
hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....
air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula 
bertandang...namun semuanya sudah terlambat... 
 
sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, 
hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", 
didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??
 
aku bukannya yang terbaik utk memberi nasihat...sekadar berkongsi 
ilmu..utk saling mengingati...
wassalam.
 
Di Salin dari :
Internet
 
Semoga Bermanafaat
Wallahu'alam.... 

Friday, February 7, 2014

MUTIARA KATA - 01



Mutiara:
Firman Allah S.W.T: 
 
" Lahirlah kerosakan di darat dan di lautan oleh kerana usaha
manusia sendiri sehingga Allah merasakan kepada mereka sebahagian
dari azab perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar,"

( Al - Rum, ayat 41).


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw.,sabdanya,
"Allah swt. akan memberikan naungan kepada tujuh
golongan manusia pada hari kiamat, di mana tidak ada
naungan ketika itu kecuali
naungan Allah :

1.Imam (pemimpin) yang adil.

2.Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam
menyembah Allah.

3.Seseorang yang hatinya terpaut di masjid.

4.Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah; mereka
berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5.Seorang lelaki yang dirayu untuk berbuat keji oleh
seorang wanita yang cantik,lantas ia menolak dengan
berkata lembut, "Aku takut kepada Allah".

6.Seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi,
sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah
diberikan oleh tangan kanannya.

7.Seorang yang mengingat Allah waktu bersunyi-sunyi,
lantas meleleh air   matanya."

Mutiara:
Cendekiawan agama berkata:
"Amal perbuatan yang dikira termasuk ibadah ada empat perkara, iaitu:
[1] Menepati janji
[2] Memelihara ketentuan yang telah ditetapkan
[3] Sabar apabila ditinggalkan mati orang-orang yang dicintai
[4] Redha terhadap permasalahan yang ada pada dirinya

Bagaimana Untuk Programkan Diri Anda Agar Lebih Kreatif?



Manusia memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk maju.  Lebih menarik lagi, sesiapa sahaja boleh melakukan latihan-latihan tertentu secara konsisten bagi meningkatkan daya kreativiti mereka.  Dengan latihan-latihan ini anda akan dapati diri anda menjadi lebih kreatif dan anda mampu menyumbang pelbagai ide yang tidak pernah anda fikirkan selama ini.  Ide-ide ini mungkin menjadi penyebab kejayaan anda untuk lebih berjaya dalam karier, pergaulan, bisnes dan sebagainya.
Langkah-langkah yang anda perlu ambil dari sekarang:
1.      Berani lakukan perubahan. Jangan takut untuk mencuba pelbagai pendekatan baru dalam melakukan sesuatu yang biasa anda lakukan.  Tidak semestinya pendekatan baru anda ini lebih baik tetapi sekurang-kurangnya anda melatih minda anda untuk berani lakukan perubahan.  Minda anda akan lebih fleksibel terhadap sesuatu perkara dan membuka peluang untuk anda lihat sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut pandangan.  Misalnya, cuba pelbagaikan jalan yang biasa anda ambil untuk ketempat kerja; setiap kali sembahyang Jumaat, pergi ke masjid yang berbeza; ubah dari semasa ke semasa kedudukan perabut di rumah atau di pejabat anda; ubat kegemaran anda menulis dalam satu-satu format, fonts, warna dan sebagainya; apabila ke restoran cuba minta minuman yang lain dari kebiasaan anda; fikirkan pendekatan baru atau stategi baru dalam satu-satu permainan; dan lain-lain.  Yang penting disini ialah biasakan diri anda untuk berani lakukan perubahan.
2.      Suburkan setiap ide baru.  Ramai orang yang mempersendakan ide-ide yang kurang matang atau kurang bernas.  Tetapi tidakkah anda sedar banyak kejayaan yang dicapai hari ini bermula dari ide yang tidak masuk akal?  Wright Brothers dikatakan gila apabila mereka kata besi boleh terbang.  Edison dicemuh apabila dia kata malam boleh menjadi terang.  Kini terbukti ide-ide gila merekalah yang membawa kemakmuran dalam hidup kita kini.  Oleh itu, jangan diracuni setiap ide.  Mungkin apabila ide tersebut dicanai ia membawa suatu impak yang besar dan pembaharuan dalam hidup.  Kaji setiap ide sebelum ia diketepikan.  Meskipun terbukti ide tersebut tidak membawa faedah, namun pengalaman berfikir yang telah anda libatkan membawa makna besar dalam kejayaan selepas itu.  Ide atau cetusan ilham ada ketikanya datang secara tiba-tiba dalam masa hanya beberapa saat.  Jangan tertipu dengan berkata yang anda akan menulisnya kemudia kerana anda pasti lupa tentang ide itu akibat kesibukan kerja, atau terfikir sesuatu perkara yang lain, atau anda sendiri berkata ide itu tidak bagus.  Mulai hari ini pastikan anda sentiasa membawa buku kecil kemana-mana sahaja anda pergi.  Catatkan setiap ide, tanpa menilai, ke dalam buku kecil itu.  Berikan masa untuk anda fikirkan ide tersebut setelah anda tenang.
3.      Bina kebolehan meniru dan mengubahsuai.  Hari ini, agak sukar untuk anda menemui ide-ide yang baru dan unik.  Kebanyakan ide baru anda datangnya daripada gabungan pelbagai ide yang telah wujud sekeliling anda.  Ada pendapat yang mengatakan, sekiranya anda mampu mengubahsuai 10% sahaja apa yang telah orang lain hasilkan maka cukup untuk anda menjadi kaya raya.  Pastikan pengubahsuaian ini tidak melanggar hak cipta atau paten yang telah didaftarkan oleh orang lain.
4.      Bina kreativiti anda apabila ada masa lapang.  Gunakan masa lapang anda untuk mengasah minda kepada aktiviti yang merangsang daya kreativiti anda.  Sekiranya senaman dan riadah yang anda lakukan dimasa lapang banyak membantu kecergasan anda ditempat kerja (atau sekolah) begitulah juga dengan minda.  Aktiviti minda yang anda lakukan dimasa lapang akan membantu kecerdasan minda anda ditempat kerja atau sekolah.  Contohnya, gunakan masa lapang untuk teka-teki, permainan chess, "puzzles", melukis, kraftangan, fotografi dan sebagainya.
5.      Amalkan sikap ingin tahu dan suka menyelidik.  Jangan sekadar berpuashati dengan apa yang ada disekitar anda, tidak ada satu pun yang sempurna.  Setiap ciptaan manusia yang anda lihat pasti ada cacatnya.  Sikap suka menyelidik ini membolehkan anda mendapat ide-ide baru bagi menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada.  Tanyakan diri anda dengan soalan-soalan seperti Apa? Kenapa? Bila? Bagaimana?  Setiap kali ada orang yang mengatakan yang sesuatu itu tidak boleh dibuat (atau tidak boleh dicapai), tanyakan soalan ini, "Kenapa tidak?".  Binakan sikap suka bertanya.  Tidakkah anda sedar anak kecil yang banyak bertanya itu lebih bijak daripada anak kecil yang sekadar diam.  Begitulah juga dengan kita.
Dengan mengamalkan saranan di atas dalam kehidupan harian anda, anda akan dapati banyak perkara baru dan menarik yang bakal ditemui setiap hari.  Minda anda menjadi lebih kreatif.  Anda lebih kritikal.  Tidak mudah menerima mentah-mentah sesuatu itu dan berani pula hadapi perubahan.