AL-QURAN 1

Sunday, January 31, 2016

Aqidah Tauhid: Dalam Neraca Agama-agama Samawi dan Hindu

Islam merupakan agama yang terakhir. Di dalamnya mengandungi panduan yang paling sempurna dan menyeluruh, dalam membimbing umat manusia. Ia hadir dalam rangka untuk memansuhkan agama-agama samawi terdahulu, dan membetulkan kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam ajaran yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t., seperti Yahudi dan Kristianiti, yang pada hakikatnya merupakan suatu himpunan ajaran-ajaran rekaan para agamawan mereka sendiri.

Jesteru itu, Allah s.w.t. menyeru ahlul-kitab, baik dari kalangan Yahudi mahupun Kristian, agar bersama-sama di bawah satu payung samawi yang baru, yang dibawa oleh nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w., dalam rangka untuk membetulkan pengabdian dan aqidah mereka terhadap Tuhan Maha Pencipta. Hadirnya Islam, menyeru ke arah kesatuan aqidah yang murni dan suci, iaitu aqidah Tauhid, di mana, setiap manusia mengakui, Allah s.w.t.-lah satu-satunya Tuhan yang layak disembah, dan Dialah satu-satunya tuhan yang menciptakan dan mentadbir alam ini.

Walaupun agama Kristianiti dengan konsep Triniti-nya (Satu Tuhan dalam Tiga Oknum), dan Yahudi dengan sikap anti-Isa (memusuhi Nabi Isa a.s.) dan sebagainya, maka Islam hadir di tengah-tengah pertembungan dua golongan ini, dalam mengetengahkan satu pelan damai dan satu perpaduan di bawah naungan agama terakhir yang mengandungi kebenaran mutlak dan ajaran-ajaran yang sempurna.

Islamlah satu-satunya agama yang benar lagi membenarkan segala kebenaran. Segala agama selain Islam merupakan kesesatan dan mengandungi pelbagai kesalahan dan penyelewengan, termasuklah dua agama samawi (iaitu Kristianiti dan Judaisme/Yahudi).

Segala ajaran yang diajarkan dalam Islam merupakan suatu ajaran yang benar dan paling baik dan sempurna. Aqidahnya jelas dan menepati hakikat, bahkan turut mendamaikan hati, fitrah nurani dan mententeramkan jiwa.

Pada hakikatnya, kesatuan antara Islam dengan ahlul-kitab (Yahudi dan Kristian) bukanlah suatu yang tidak releven, kerana Islam membawa ajaran Tauhid yang sesuai dengan ajaran agama-agama samawi terdahulu, sebelum diselewengkan oleh para agamawan mereka.

Allah s.w.t. berfirman dalam menyeru kepada konsep aqidah yang sebenar: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”. (Surah Ali Imran: 64)

Jelaslah bahawasanya, Allah s.w.t. menyatakan bahawasanya, ajaran Tauhid sememangnya terkandung dalam intipati suci seluruh ajaran samawi sebelum Islam, termasuklah dalam ajaran Yahudi dan Kristian.

Kesatuan Tauhid

Dalam buku-buku yang menjadi rujukan agama Kristianiti dan Yahudi sendiri, menceritakan tentang konsep Tauhid, iaitu tiada Tuhan yang menciptakan sekalian alam dan layak disembah melainkan Allah s.w.t..

Hal ini seperti yang diriwayatkan dalam buku Torah (menurut Ahlul Kitab kini sebagai Taurat): “Shama Israelu Adonai Ila Hayno Adna Ikhad” (dalam bahasa Ibrani), atau: “Hear, O Israel: The Lord our God is one Lord” (dalam bahasa Inggeris) [The Bible, Deuteronomy 6:4]

Maksudnya: “Dengarlah Wahai Bani Israel, Tuhan itu, Tuhan kita, ialah Tuhan yang Maha Esa” (Deutreronomy 6:4)

Kitab Deuteronomy termasuk dalam lima buku terawal buku Bible, yang diterima oleh golongan Yahudi dan Kristian sebagai kitab Torah (Taurat).

Jadi, orang-orang Yahudi dan Kristian sepatutnya beriman bahawa Allah s.w.t. yang menciptakan seluruh alam ini Maha Esa, bukan dua, bukan Trinity dan sebagainya. Dalam Kitab Isaiah ada disebutkan lagi:

“I, even I, am the Lord; and beside me there is no saviour.“

[The Bible, Isaiah 43:11] maksudnya, “Aku, hanya Akulah Tuhan, dan di sampingku tiada penyelamat lain (selain daripadaKu)”.

Lagi diesbutkan dalam kitab yang sama: I am Lord, and there is none else, there is no God besides me.” Yang bermaksud: “Akulah Tuhan, dan di sana, tiada tuhan yang lain, tiada tuhan di sampingKu” [The Bible, Isaiah 45:5]

“Thou shalt have no other gods before me. Thou shalt not make unto thee any graven image, or any likeness of anything that is in heaven above, or that is in the earth beneath, or that is in the water under the earth:Thou shalt not bow down thyself to them, nor serve them: for I the Lord thy God am a jealous God.“

Yang bermaksud: “Tidak ada tuhan-tuhan sebelumku. Janganlah kalian jadikan bagiKu akan sebarang gambaran, atau menyamakanKu dengan apa yang ada di langit, atau di dunia, atau di dalam laut di bawah bumi: Kamu tidak sepatutnya tundukkan diri kamu (menyembah) kepada makhluk-makhluk tersebut, dan tidak pula sepatutnya kamu menyembah mereka, kerana sesungguhnya, Aku satu-satunya Tuhan, Tuhan kamu, merupakan Tuhan yang cemburu” [The Bible, Exodus 20:3-5 dan kitab Deuteronomy 5:7-9]

Nabi Isa a.s. secara khusus mengajarkan konsep Tauhid kepada para pengikutnya seperti yang diriwayatkan dalam buku Mark (Markus) yang berbunyi:

“Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord.”

Yang bermaksud: “Dengarlah wahai Bani Israel: Tuhan itu, Tuhan kita, ialah Tuhan yang Maha Esa” [The Bible, Mark 12:29]

Jadi, jelaslah di sini bahawasanya, pengikut agama-agama samawi perlu mengikuti Islam, kerana telah jelas bahasanya, agama Islam mengajarkan kepada mereka, ajaran Tauhid yang diajarkan oleh nabi-nabi mereka terdahulu, sebelum ajaran-ajaran mereka diselewengkan oleh para agamawan dan paderi mereka. Kebenaran jelas berpihak kepada agama Islam, yang merupakan agama terakhir dari Allah s.w.t., yang dibawa oleh nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w..

Ajaran Triniti yang diajarkan di dalam agama Kristianiti hari ini suatu ajaran yang menyeleweng, yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi Isa a.s. sendiri. Oleh yang demikian, orang-orang Kristian seharusnya kembali kepada Islam, kembali kepada ajaran Tauhid Nabi Isa a.s. yang diajarkan semula dengan syariat baru yang kekal sehingga hari Kiamat, oleh Nabi Muhammad s.a.w..

Bahkan, orang-orang Islam juga sebenarnya tiada alasan untuk memeluk agama Kristian, setelah jelas, Islamlah yang mengajarkan kebenaran, bukan agama Kristian.!

Hinduisme dan Tauhid

Agama Hindu menurut ajaran para sami hindu mempunyai pelbagai fahaman dan kepercayaan yang berbeza-beza. Bahkan, kepercayaan-kepercayaan tersebut saling berlawanan antara satu sama lain. Secara asasnya, kebanyakan pengikut agama Hindu mempercayai tuhan itu ada tiga yang utama, iaitu Shiva, Brahma dan Wishu. Ketiga-tiga tuhan ini mempunyai pasangan isteri. Selain itu, tuhan melantik pelbagai tuhan-tuhan lain sebagai perantaraan antara manusia dengan tuhan-tuhan utama tersebut. Fahaman tiga tuhan utama ini dikenali dengan Trimurti.

Kehadiran Islam menyeru seluruh umat manusia, termasuklah pengikut agama Hindu, untuk memeluk Islam dan beriman dengan aqidah Tauhid. Hal ini kerana, tauhid merupakan aqidah yang benar, dan selain daripada aqidah tauhid merupakan kepercayaan yang sesat. Hakikat yang tidak dapat dinafikan juga ialah, tauhid juga telahpun diajarkan di dalam kitab-kitab mereka yang terdahulu. Hal ini membuktikan bahawa, Islam merupakan agama kebenaran dan fahaman agama mereka (Hinduisme) ini merupakan fahaman yang sesat dan diseleweng.

Telah diriwayatkan akan firman Tuhan dalam kitab-kitab mereka berkenaan tauhid adalah seperti berikut:

“Ekam evadvitiyam” Yang bermaksud: “Dia ialah satu-satunya Tuhan, tiada yang kedua” [Chandogya Upanishad 6:2:1]

“Na casya kascij janita na cadhipah.” Yang bermaksud: “Bagi Nya (Tuhan), tiada seteru mahupun tiada tuhan lain (selain daripada Nya). [Svetasvatara Upanishad 6:9].

Jelaslah bahawasanya, Islam merupakan satu-satunya agama yang benar, yang mengajarkan aqidah yang benar dan sempurna, kepada seluruh umat manusia, dalam rangka mengeluarkan mereka daripada kesesatan dan pengabdian yang sesat lagi terpesong.Bukan Kristianiti, bukan Hiduisme, bukan Judaisme dan bukan agama-agama lain, melainkan Islam yang mengajarkan kebenaran. Hanya Islam satu-satunya agama yang mengandungi ajaran aqidah yang paling tepat dengan naluri insani dan aqidah yang benar tentang Tuhan yang selayaknya disembah.

Tiada alasan untuk para pengikut agama lain seperti Kristian, Yahudi dan Hindu khususnya, dan para pengikut agama-agama yang lain amnya, untuk terus berpegang dengan agama-agama mereka, atas alasan kebenaran, kerana hanya dengan mengikuti Islam dan ajaran-ajarannya, manusia dapat berpegang dengan kebenaran. Hal ini juga dibuktikan oleh buku-buku dan manuskrip kebanyakan agama-agama lain sendiri.

Ditulis dengan bantuan Allah s.w.t. oleh:

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin
2 Ogos 2007Kuala Lumpur

src : http://alrazi.wordpress.com/

Friday, January 22, 2016

Doa Sebelum Makan dan Minum Dan Doa terlupa baca doa makan

Doa Sebelum Makan dan Minum

بِسْمِ اللَّهِ
Bismillaah
"Dengan menyebut nama Allah"

Doa di atas didasarkan pada hadits Umar bin Abi Salamah yang berkata bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda kepadanya:

يَا غُلَامُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ

"Wahai anakku, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah makanan yang berada di dekatmu." (HR Bukhari no. 4957 dan Muslim no. 3767 dari Maktabah Syamilah)

Dan juga hadits Aisyah radliyallah 'anha, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ

"Apabila seorang kalian ingin makan, hendaknya dia membaca "bismillah". Dan jika ia lupa membaca di awalnya, hendaknya ia membaca "bismillah fii awwalihi wa aakhirihi." (HR. al Tirmidzi dan Ahmad. Dishahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi no. 1513)

Dalam hadits yang lain dari seorang sahabat yang telah membantu Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam selama 8 tahun bercerita bahwa dia selalu mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam apabila mendekati makanan membaca ‘bismillah.’” (HR. Muslim dan Ahmad. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Silsilah Shahihah, 1/111)

Cukup Bismillaah atau Bismillaahirrahmanirrahim?

Berdasarkan riwayat-riwayat yang ada, bacaan sebelum makan yang sesuai dengan sunnah adalah cukup dengan "bismillaah", tanpa tambahan ar-Rahmaan dan ar-Rahiim. Inilah pendapat yang dipilih oleh Syaikh al Albani berdasarkan hadits Umar bin Abi Salamah dan hadits 'Aisyah. Beliau mengatakan, "dan di dalam hadits terdapat dalil bahwa bacaan ketika akan makan hanya bismillaah saja."

Beliau juga menyatakan dalam Silsilah Shahihah (1/152) “Membaca sebelum makan adalah ‘Bismillaah’ dan tidak ada tambahan padanya. Dan semua hadits-hadits yang shahih dalam masalah ini tidak ada tambahan sedikitpun. Dan saya tidak mengetahui satu haditspun yang di dalamnya ada tambahan (bismillaahirrahmaanirrahiim, pent).”

Ibnu Hajar menguatkan pendapat di atas dengan bersandar kepada hadits Aisyah, "Dia (bismillaah,- pent) adalah lafadz paling jelas tentang bentuk bacaan (sebelum makan)." (Fathul Baari: 9/455)
Beliau rahimahullah juga menyatakan bahwa beliau tidak mengetahui satu dalil khusus yang mendukung klaim Imam Nawawi bahwa ucapan bismillaahirramaanirrahiim ketika hendak makan itu lebih afdhal. Padahal, sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Albani, "tidak ada yang lebih afdhal daripada sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam."

Jika tidak ada keterangan tentang bacaan sebelum makan kecuali hanya bismillaah, maka tidak boleh menambah, terlebih lagi menyatakan bahwa menambahnya lebih utama. Sebabnya, karena bertentangan dengan hadits, "sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam)." (Dikutip dari Silsilah Shahihah: 1/611)

Jika tidak ada keterangan tentang bacaan sebelum makan kecuali hanya bismillaah, maka tidak boleh menambah, terlebih lagi menyatakan bahwa menambahnya lebih utama.

Hukum membaca "Bismillaah"

Berdasarkan hadits-hadits di atas, menunjukkan bahwa membaca "bismillaah" ketika makan dan minum adalah wajib dan berdosa bila meninggalkannya.

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Yang benar adalah wajib membaca "bismillaah" ketika makan. Dan hadits-hadits yang memerintahkan demikian adalah shahih dan sharih. Dan tidak ada yang menyelisihinya serta tidak ada satupun ijma’ yang membolehkan untuk menyelisihinya dan mengeluarkan dari makna lahirnya. Orang yang meninggalkannya akan ditemani syetan dalam makan dan minumnya.”

Manfaat membaca "Bismilah" sebelum makan

Memulai makan dan minum dengan membaca "bismillaah" adalah sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Dan dalam sunnah terdapat banyak kebaikan dan keberkahan. Imam Ahmad mengatakan, “Jika dalam satu makanan terkumpul 4 (empat) hal, maka makanan tersebut adalah makanan yang sempurna. Empat hal tersebut adalah menyebut nama Allah saat mulai makan, memuji Allah di akhir makan, banyaknya orang yang turut makan dan berasal dari sumber yang halal."

Manfaat lainnya, akan berfungsi mencegah syetan dari ikut serta menikmati makanan tersebut. Diriwayatkan dari Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Apabila kami makan bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, maka kami tidak memulainya sehingga beliau memulai makan. Suatu hari kami makan bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, tiba-tiba datanglah seorang gadis kecil seakan-akan anak tersebut terdorong untuk meletakkan tangannya dalam makanan yang sudah disediakan. Dengan segera Nabi memegang tangan anak tersebut. Tidak lama sesudah itu datanglah seorang Arab Badui. Dia datang seakan-akan didorong oleh sesuatu. Nabi lantas memegang tangannya. Sesudah itu beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya syetan turut menikmati makanan yang tidak disebut nama Allah padanya. Syaitan datang bersama anak gadis tersebut dengan maksud supaya bisa turut menikmati makanan yang ada karena gadis tersebut belum menyebut nama Allah sebelum makan. Oleh karena itu aku memegang tangan anak tersebut. Syetan pun lantas datang bersama anak Badui tersebut supaya bisa turut menikmati makanan. Oleh karena itu, aku pegang tangan Arab Badui itu. Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya tangan syetan itu berada di tanganku bersama tangan anak gadis tersebut.” (HR. Muslim no. 2017)

Apabila lupa membaca "Bismillah"

Apabila sudah memulai makan atau minum, lalu teringat belum membaca basmalah, maka hendaknya membaca:

بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ

Bismillaahi fii Awwalihii wa Aakhirihi
"Dengan menyebut nama Allah di awal dan akhirnya."

Dari Aisyah radliyallah 'anha, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

فَإِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَقُولَ بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ

"Apabila seorang kalian ingin makan, hendaknya dia membaca 'bismillah'. Dan jika ia lupa membaca di awalnya, hendaknya ia membaca 'bismillaahi fii awwalihi wa aakhirihi'." (HR. Ahmad, al Tirmidzi, dan Ibnu Majah. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan Ibnu Majah no. 3264, Shahih Sunan At-Tirmidzi no. 1513, al Irwa' no 1965)

Atau membaca:

بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ

Bismillaahi Awwalahu wa Aakhirahu
"Dengan menyebut nama Allah, awal dan akhirnya."

Berdasarkan hadits Aisyah radliyallah 'anha, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ

"Apabila seorang kalian ingin makan, hendaknya dia membaca 'bismillaah'. Dan jika ia lupa membaca di awalnya, hendaknya ia membaca 'bismillaahi awwalahu wa aakhirahu'." (HR. Ahmad, Abu Daud, dan Ibnu Majah. Dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Ibnu Majah: 3264 dan Shahih al–Targhib wa al-Tarhib, no. 2107)

Disebutkan dalam Riyadhus Shalihin, "Pernah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam duduk dan ada seorang laki-laki yang sedang makan tapi belum membaca "bismillah" sehingga makanannya tinggal satu suap. Ketika ingin memasukkannya ke mulutnya, dia membaca, "Bismillaahi Awwalahu wa Aakhiaihu", maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tertawa, lalu bersabda, "Syetan ikut serta makan bersamanya, dan ketika dia menyebut nama Allah, dia memuntahkan apa yang ada di perutnya." (HR. Abu Dawud dan al-Nasai. Didhaifkan oleh Al-Albani dalam Shahih wa Dhaif Sunan Abi Dawud no. 3768)

Wednesday, January 20, 2016

Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rasullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -
(Surah an-Naba':18) 
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:


BARISAN PERTAMA 
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA 
Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."


BARISAN KETIGA 
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN KEEMPAT 
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."


BARISAN KELIMA 
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM 
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN KETUJUH 
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."


BARISAN KELAPAN 
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN KESEMBILAN 
Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEPULUH 
Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN KESEBELAS 
Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA BELAS 
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."


src : http://kembang-wali.blogspot.com/

Doa-doa Yang Makbul:



1. Orang yang terdesak.

2. Orang yang teraniaya/dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.




Tanda-tanda Doa Yang Makbul:




1. Terasa sesuatu yang menakutkan.

2. Menangis tatkala berdoa.

3. Terasa menggeletar.




Cara-cara Berdoa:




1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.




Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yangbersungguh-sungguh semasa ia berdoa".




2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.




3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dansebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.




4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa,khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekalimemohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.




5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalahserta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.




6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).




src : http://www.carigold.com/

Monday, January 18, 2016

Wanita Solehah.



I. Keutamaan Wanita Shalihah.

Bersabda Rasulullah S.a.w :

"Dunia adalah kesenangan sementara, dan sebaik-baiknya kesenangan dunia ialah wanita (istri) yang shalihah."
(Muslim)

Wanita shalihah adalah pilihan Allah S.w.t di dunia ini. Sifat-sifat mereka pun telah dipuji oleh Allah S.w.t di dalam firman-Nya:
"Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mu'min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta`atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu`, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."

(Q.S. Al-Ahzab 33 : 35)




Sabda Rasulullah S.a.w,

"Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik di antara kalian akan memasuki surga sebelum orang yang paling baik di kalangan lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suaminya di atas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka seperti batu permata yang berkilauan." (Abu Syaikh)




Wanita shalihah adalah suatu ni'mat yang luar biasa dari Allah S.w.t, sabda Rasulullah S.a.w :

"Diantara kebahagiaan anak Adam, antara lain terdapat dalam tiga hal; Wanita shalihah, rumah yang baik dan kendaraan yang baik."

(Ahmad)




Dalam sabda beliau S.a.w yang lain :

"Barangsiapa yang diberi rezeki oleh Allah seorang wanita yang shalihah, maka Allah telah menolong separuh imannya. Karenanya bertaqwalah kepada Allah untuk separuh yang lain."

(Thabrani, Hakim)




Demikian mulia seorang wanita yang shalihah, sehingga Abu Sulaiman Ad-Darani berpendapat:

"Istri yang shalihah bukan termasuk dunia, karena istri itu menjadikanmu tempat (ber'amal demi) akhirat."




Muhammad bin Ka'ab berkata mengenai firman Allah S.w.t :

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka."

(QS. Al-Baqarah 2 : 201)

bahwa itu adalah istri yang shalihah. Dailami r.a. meriwayatkan bahwa wanita shalihah akan disebut-sebut oleh ahli langit sebagai 'Syahidah'. Tidak dipungkiri bahwa wanita-wanita shalihah, sangat dirindukan oleh penduduk bumi dan langit, bahkan ikan-ikan di lautan pun dengan senang hati mendo'akan rahmat dan maghfirah baginya.




II. Peranan Wanita Shalihah.

Rasulullah S.a.w pun bersabda :

"Kejahatan seorang wanita jahat adalah seperti jahatnya seribu orang jahat dari kaum lelaki. Kebaikan seorang wanita yang shalihah adalah seperti 'amalannya tujuh puluh orang-orang shiddiqin."

(Abu Syaikh)




Alim Ulama mengatakan bahwa 'Shiddiqin' adalah derajat para wali Allah S.w.t. Hal ini menunjukkan ketinggian derajat wanita yang shalihah. Kaum wanita memiliki pengaruh yang sangat kuat terhadap roda kehidupan dunia ini, bahkan terhadap kaum lelaki sekalipun.




Ustadz Hasan Al-Bana Asy-Syahid Al-Hafizh menulis bahwa wanitalah yang mewarnai kehidupan dengan corak yang nyata. Hal ini disebabkan karena wanita adalah pendidik utama yang memproduksi bangsa. Wanitalah yang menjadi penentu arah masyarakat. Syeikh Ibrahim Ali mengatakan bahwa seorang wanita jika sudah dominan dalam kehidupan pria, maka ia akan menjadi buah hati dan ruhnya. Bahkan akan menjadi segenap badan dan perasaan pria. Semua rindakan kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seorang pria, karena dorongan dari wanita. Pikiran dan 'amalan para wanita muslimah akan ikut serta berhembus dengan angin, mengalir dengan air, menyatu dengan tanah, tanpa memerlukan kendaraan untuk membawanya, tanpa memerlukan tenaga untuk mengangkutnya. Kebaikankah yang akan merebak ataukah kejahatan. Semua bergantung kepada 'amalan para wanita. Selanjutnya beliau mengatakan bahwa banyak 'ulama dan para tokoh tergoda oleh wanita, maka rusaklah perjalanan hidupnya. Hal itu bukan disebabkan karena kepandaian wanita lebih jauh dan lebih luas daripada lelaki, tetapi karena kekuatan ghaib titipan Allah S.w.t dan daya pesona wanitalah yang mampu menggoncangkan pria.




Walaupun kaum wanita juga dikatakan sebagai 'fitnah', akan tetapi kata fitnah ini harus diartikan dengan maksud yang positif. Peringatan Allah S.w.t agar berwaspada terhadap fitnah yang timbul dari wanita, sama seperti peringatan-Nya terhadap fitnah harta dan anak-anak, tidak berarti semuanya buruk dan jahat. Tetapi sebagai ungkapan bahwa sikap yang berlebihan dalam menggantungkan diri pada semua itu mencapai suatu batas yang dapat menimbulkan fitnah, dan lupa diri dari dzikrullah. Disebabkan lemahnya usaha da'wah, maka nilai dan keutamaan wanita telah menjadi kabur, bahkan sebagian besar dari kalangan wanita telah diselewengkan oleh syetan untuk menjadi pembantu-pembantunya dalam usaha kemungkaran. Dan dijauhkan dari nilai kemuliaan yang sebenarnya kepada derajat yang sangat rendah dan hina. Dan sangat sedikit diantara kaum wanita yang menyadari hakekat keutamaan yang ada pada diri mereka.




Sabda Nabi S.a.w :

"Permisalan wanita shalihah dari kalangan para wanita adalah seperti burung gagak hitam yang salah satu kakinya berwarna putih."

(Thabrani)




Ungkapan ini bermakna demikian sedikit wanita-wanita yang tergolong menjadi wanita shalihah. Hal ini dimaksudkan agar menjadi renungan dan penghisaban kaum wanita atas keselamatan dirinya, sehingga akan berusaha dengan sekuat tenaga untuk mendapatkan kesempatan yang sedikit ini. Tanpa ada rasa pesimis ataupun kekhawatiran. Sebagaimana kisah Asiah istri Fir'aun. Di tengah-tengah kaum yang memusihi Allah S.w.t dan Rasul-Nya, ia tetap berpegang tegung kepada Allah S.w.t. Walaupun untuk menjaga keimanan tersebut ia harus menerima kematian di tangan suaminya sendiri yaitu Fir'an la'natullahu 'alaihi. Sehingga atas keteguhannya ini Rasulullah S.a.w bersabda bahwa wanita yang terbaik dan paling sempurna adalah Asiah istri Fir'aun dan Maryam. Bahkan Ibnu Qurtubi dan Hafizh Ibnu Hajar rah.a. menganggap mereka berdua adalah Nabi Allah.




III. Ciri-ciri Wanita Shalihah.

"Jika wanita shalat lima waktunya, berpuasa di bulannya, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya; 'Masuklah ke dalam syurga dari pintu syurga mana saja yang kamu sukai'."

(Ibnu Hibban, Thabrani)




Juga menilik ayat 35 dari Q.S. Al-Ahzab di atas maka dapat disimpulkan beberapa sifat wanita shalihah, diantaranya yaitu : bersifat taat, jujur, sabar, khusyu', suka bersedekah, suka berpuasa, memelihara kehormatannya dan banyak berzikir kepada Allah S.w.t.




Syeikh Abdul Halim mengatakan bahwa wanita-wanita shalihah adalah qonitat (orang yang taat) dan hafizhat (orang yang menjaga diri) saat suami tiada. Dalam pasal ini akan diterangkan mengenai beberapa dari sifat-sifat tersebut, dan yang lainnya akan diterangkan dalam pasal yang lain, sifat-sifat tersebut yaitu :




a. Menjaga Shalat Lima Waktu

Shalat adalah salah satu kewajiban umum yang telah Allah S.w.t perintahkan kepada ummat Islam baik lelaki ataupun wanita. Nabi S.a.w, bersabda :

"Shalat adalah tiang agama. Barangsiapa mendirikannya, berarti ia telah mendirikan agama, dan barangsiapa meninggalkannya, berarti ia telah menghancurkan agama." (Baihaqi)




"Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kesesatan."

(Q.S. Maryam 19 : 59)




"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya."

(Q.S.Al-Maa'uun 107 : 4 - 5)




Seorang wanita shalihah meyakini bahwa shalat adalah ibadah yang sangat istimewa, sehingga tidak mungkin ia shalatnya. Bukan hanya istiqamah dalam mengerjakannya, tetapi juga menjaga segala hal yang berhubungan dengan shalat. Karena Ibnu Abbas r.a, mengatakan tentang maksud Q.S. Maryam 19 : 59 atau Q.S. Al-Maa'uun 107 : 4 – 5. Bahwa melalaikan shalat bukan hanya, meninggalkan shalat begitu saja, tetapi termasuk melalaikan shalat juga adalah jika melalaikan waktunya, atau mengakhirkan waktunya dari waktu yang tepat. Jika maksudnya memang demikian, yaitu melalaikan waktu shalat juga termasuk dalam melalaikan shalat, maka orang yang melalaikan waktu shalat pun akan mendapat balasan 'Ghoyya' ataupun neraka 'Wail.'




Allah S.w.t telah memberikan kemudahan bagi kaum wanita muslimah dalam menunaikan shalat, yang tidak disamakan seperti kaum lelaki. Bagi wanita hanya ada dua tertib dalam melaksanakannya. Lebih ringan dan lebih mudah, tetapi mempunyai ganjaran dan pahala yang sama besarnya dengan kaum lelaki. Ini adalah karena rasa kasih-Nya terhadap kaum wanita, demi terjaganya wanita dari segala fitnah :

1. Lebih utama dilaksanakan di dalam rumahnya sendiri. Sekali lagi, bahwa walaupun ditunaikan di rumah, dan hanya bersendirian, tetapi ia tetap akan mendapatkan pahala yang sama dengan kaum lelaki yang melaksanakan shalatnya di masjid.

2. Dilaksanakan di awal waktu. Nabi S.a.w bersabda :

"Amalan yang paling utama adalah shalat tepat pada waktunya."

Hadits ini ditujukan kepada kaum muslimin dan muslimat. Melalaikan waktu shalat dengan sengaja, berarti telah menarik murka Allah S.w.t kepada dirinya. Sabda Nabi S.a.w :




"Tiga orang yang tidak akan diterima shalatnya oleh Allah ;

(1) Seorang imam yang tidak disukai oleh makmumnya.

(2) Orang yang tidak shalat kecuali setelah lewat wantunya (dengan sengaja).

(3) Orang yang memperbudak orang merdeka."

(Ibnu Majah)




Menjaga shalat pada waktunya menghasilkan keuntungan-keuntungan, baik duniawi maupun ukhrawi. Diantaranya ialah : Dalam urusan duniawi yaitu, dijauhkan dari kesulitan rezeki dalam kehidupan dunia.

Dan empat keuntungan ukhrawi lainnya adalah :

(a) Dihindari dari siksa kubur,

(b) Diberikan buku catatan 'amalnya melalui tangan kanan,

(c) Melewati shirat secepat kilat dan

(d) Masuk surga tanpa hisab.




Rasulullah S.a.w bersabda :

"Jika seorang hamba shalat pada awal waktunya, maka naiklah shalat itu ke langit dengan diliputi nur sehingga sampai ke Arsy, lalu (nur itu) memintakan istighfar bagi orang yang mengerjakan shalat seperti itu sampai hari kiamat, dan ia berkata : 'semoga Allah memeliharamu sebagaimana kamu memeliharaku.'




Dan jika seorang hamba mengerjakan shalat tidak pada waktunya, maka naiklah shalat itu dengan diliputi kegelapan dan bila sampai ke langit, shalat itu terlipat bagaikan baju yang rusak, kemudian dilemparkan kembali ke muka orang yang mengerjakannya."

(Adz Dzahabi)




Orang-orang shalih pada zaman dahulu, seperti para shahabat r.a sangat memperhatikan shalat di awal waktu dengan bersungguh-sungguh. Mereka akan bersedih jika mereka tertinggal shalat di awal waktu ataupun karena tertinggal shalat berjama'ah. Az Zuhri pernah bercerita :

"Suatu ketika saya masuk ke tempat Anas bin Malik r.a di Damsyik, saya menjumpai ia sedang menangis. Maka saya bertanya : 'Mengapa kamu menangis ?' beliau r.a menjawab : 'Saya tidak mengetahui sesuatu yang telah aku dapatkan, kecuali shalat ini. Tetapi ternyata kini orang-orang telah mengabaikannya'."

Al-Karmany menerangkan bahwa mengabaikan shalat yang dimaksud di sini adalah mengakhirkan waktunya, bukan meninggalkannya sama sekali. (Bukhari)




b. Berpuasa

Firman Allah S.w.t :

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."

(Q.S. Al-Baqarah 2 : 183)




Rasulullah S.a.w bersabda :

"Segala kebaikan anak Adam dilipatgandakan pahalanya dengan sepuluh hingga 700 kali lipat. Allah S.w.t berfirman : 'Kecuali puasa, puasa adalah untuk-Ku dan Aku memberikan pahala kepadanya, ia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya lantaran Aku'."

(Muslim)




Dalam hadits yang lain beliau S.a.w bersabda :

"Puasa itu Junnah (perisai) karena itu jika kamu berpuasa, janganlah menuturkan kata-kata yang buruk, yang keji-keji dan yang membangkitkan rangsangan syahwat, dan janganlah pula ia mendatangkan hiruk pikuk, hingar bingar."




Diriwayatkan pula bahwa puasa dan Al-Qur'an akan memohon syafaat bagi pelakunya kepada Allah S.w.t, mereka akan berkata :

"Ya Allah S.w.t, aku telah menghalanginya dari makan dan memenuhi syahwat pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberikan syafaat baginya."




Syafaat keduanya diterima oleh Allah S.w.t (Ahmad) Wanita shalihah selalu menunaikan shaum Ramadhan, dan juga puasa-puasa yang lainnya, selama tidak dalam keadaan berhalangan. Beberapa puasa sunnah yang lainnya, adalah ; Puasa 'Arafah, puasa 'Asyura dan Tasu'a, puasa enam hari di bulan Syawal, puasa tiga hari putih, puasa Senin dan Kamis, sehari puasa sehari berbuka dan lain sebagainya.




Al-Ghazali menuliskan ada tiga tingkatan manusia dalam mengerjakan puasa :

Golongan pertama; hanya memenuhi syari'at, meninggalkan makan, minum dan syahwat saja.

Golongan kedua; selain menahan dari makan minum dan syahwat, juga menahan lidah, pandangan dan anggota badan lainnya.

Golongan ketiga; hatinya betul-betul bertawajjuh hanya kepada Allah S.w.t dan memelihara dari selain Allah S.w.t. (Ihya Ulumuddin) c.


Ciri-ciri yang lainnya

Selanjutnya Imam Nawawi dalam Syarh Uqudul Lujain, menukilkan sabda Rasulullah S.a.w tentang wanita penghuni syurga. Beliau S.a.w bersabda :

"Empat wanita berada di syurga dan empat di neraka. Empat wanita yang berada di syurga, yaitu :
(1) Wanita yang memelihara dirinya, taat kepada Allah dan suami, banyak anaknya serta sabar.
(2) Menerima apa yang ada walaupun sedikit bersama suaminya dan bersifat pemalu.
(3) Jika suaminya pergi, maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya.
(4) Wanita yang ditinggal mati suaminya, sedangkan ia mempunyai anak yang masih kecil-kecil lalu ia menahan dirinya, memelihara dan mendidik anak-anaknya, serta berbuat baik terhadap mereka dan tidak mau nikah lagi karena takut menyia-nyiakan mereka."




Adapun empat wanita yang berada di neraka adalah :

(1) Wanita yang jelek lisannya terhadap suami, jika suaminya pergi, ia tidak menjaga dirinya. Jika suaminya di rumah, ia menyakiti suaminya dengan ucapannya.

(2) Wanita yang membebani suami (dengan tuntutan) yang suami tidak mampu melakukannya.

(3) Wanita yang tidak menutup dirinya dari lelaki lain dan ia keluar dari rumahnya dengan berhias.

(4) Wanita yang sama sekali tidak memiliki keinginan kecuali makan, minum dan tidur. Ia tidak memiliki gairah untuk mengerjakan shalat, untuk mentaati Allah S.w.t, mentaati Rasul, dan tidak juga dalam mentaati suaminya.




Maka jika ada wanita memiliki sifat-sifat seperti ini, ia adalah wanita terlaknat dan ahli neraka, kecuali jika ia bertaubat." Demikian beberapa sifat utama dari wanita shalihah. Allah S.w.t telah memberikan keistimewaan kepada mereka. Dengan bersusah payah sedikit untuk mentaati agama, seorang wanita shalihah dapat mendahului laki-laki shalih untuk memasuki syurga Allah S.w.t.




src : http://islamuda.7.forumer.com/a/bab-1-wanita-shalihah_post138.html

Sunday, January 17, 2016

Nilai Seorang Wanita Solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insyaallah.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini bererti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".

Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".

Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"

Ibnu - Majah. 

src : http://g-heartmuslim.blogspot.com/

Wednesday, January 13, 2016

Erti Sebenar Sebuah Kebahagiaan?

Merujuk laman web Karyanet.com.my, perkataan bahagia bermaksud, “suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.” Melalui definasi ini, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.

Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.

Seorang yang miskin akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin beliau mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun semua ini merupakan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.

Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak beerti kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.

Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.[1]

Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang akan berlaku setelah bahagia itu tercapai?

Si miskin tadi telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu?

Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.

What do you think it is?

Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”

Itulah kebahagiaan yang sebenar.

Wallahu’alam.




src : http://webblog.myjodoh.net/

Wednesday, January 6, 2016

MAKNA KEMATIAN DALAM ISLAM

Umat manusia hidup di dunia ini sangat terbatas dan tidak bertahan lama, bila dibandingkan dengan eksistensi alam semesta ini. Rata-rata kehidupan di dunia ini selama 63 tahun, sebagaimana usia Rasulullah Saw. Apabila ada orang yang dianugerahi usia lebih dari itu, maka itu merupakan bonus dari Allah Swt. Setiap manusia mesti mengalami akhir kehidupan itu, yang sering disebut dengan kematian. Hal ini dinyatakan secara tegas di dalam al-Quranul Karim pada S. Ali 'Imran: 185; 
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan baru pada hari kiamatlah 
disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke 
dalam surga, maka sungguh ia beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah 
kesenangan yang memperdayakan."


Kematian ini merupakan salah satu bahasan ilmu Eskatologi yang termasuk cabang Teologi. Menurut Eliade, Eskatalogi termasuk bagian dari agama dan filsafat yang menguraikan secara runtut semua persoalan dan pengetahuan tentang akhir zaman, seperti kematian, alam barzah, kehidupan surga dan neraka, hukuman bagi yang berdosa, pahala bagi yang berbuat baik, hari bangkit, pengadilan pada hari itu, dan sebagainya. Secara ringkas Barnhart menjelaskan "Eschatology is a doctrina of the last or final things, specially death, judgment, heaven and hell". Eskatologi ialah ajaran tentang akhir segala sesuatu, khususnya kematian, pembalasan, surga, dan neraka.

Kematian itu sesuatu yang mesti terjadi pada seseorang, walaupun ia berusaha menghindari kematian atau berusaha bersembunyi dan berlindung di tempat yang dikira aman. Seseorang tidak dapat lari dan menjauhi kematian. Hal ini secara tegas dikemukakan oleh Allah Swt. dalam firman-Nya, S. An-Nisa: 78; 
"Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkanmu, kendatipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh." 

Agama Islam memang menganjurkan untuk berobat apabila menderita sakit dan melakukan upaya-upaya jangan sampai terjangkit penyakit dengan menjaga kebersihan badan, tempat, dan lingkungan. Rasulullah Saw. juga banyak memberikan petunjuk dan arahan dalam rangka menjaga kesehatan dan menghindari dari terjangkit penyakit, seperti sabda beliau:
"Apabila kalian mendengar ada wabak penyakit di suatu negeri, maka kalian jangan masuk ke negeri itu. Sebaliknya, apabila kalian berada di suatu negeri di mana terjadi wabak penyakit, maka kalian jangan keluar dari negeri itu (maksudnya jangan sampai menularkan penyakit)." 

Beliau juga memerintahkan untuk menjauhi orang yang berpenyakit levra sebagaimana menjauhi singa. Bahkan, beliau juga melarang kita buang air di air yang digunakan orang banyak untuk mengambil air wudhu, mandi, atau lain-lainnya, juga buang air di jalan orang banyak dan di bawah naungan mereka. 

Namun demikian, kematian tetap akan mengejar kita, betapapun kesehatan yang kita usahakan berhasil. Namun demikian, kita memang tidak boleh menyerah kepada takdir tanpa ikhtiar. Seringkali kita melihat ada seseorang yang benar-benar kelihatan sehat bugar, tiba-tiba meninggal dunia. Jadi, kematian tetap akan menjumpai kita, sebagaimana ditegaskan oleh Allah Swt. dalam S. Al-Jumu'ah: 8; 
"Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya, sungguh akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu dia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". 

Bagaimana sebenarnya pandangan Islam tentang kematian itu? Kematian merupakan 
sesuatu yang tidak perlu ditakuti, karena kematian itu merupakan jalan kembali kepada Tuhan yang menciptakan kita semua. Dahulu kita berada di sisi Allah kemudian kita diturunkan atau dilahirkan di muka bumi ini menjalani kehidupan sementara, kemudian kita mengakhirinya dengan kematian, yang sebenarnya kita kembali ke sisi Allah lagi. Dengan kata lain, kita dipanggil oleh Yang Maha Kuasa agar kembali kepada-Nya. Karena itu, kita sering mengatakan kepada orang yang meninggal dunia itu "berpulang ke rahmatullah" atau kita mengucapkan Innalillahi wainna ilaihi raji'un, yang artinya "sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepada-Nyalah kita kembali".

Pada dasarnya setiap manusia itu mengalami dua kali kematian dan dua kali kehidupan. Kematian yang pertama ialah sebelum kita dihidupkan di muka bumi ini dan kematian kedua waktu kita mengakhiri kehidupan ini. Kehidupan pertama ialah waktu kita hidup di dunia ini yang bersifat sementara dan kehidupan kedua adalah waktu kita dibangkitkan di akhirat nanti. Allah Swt. menjelaskan hal itu dalam S. Al-Baqarah: 28; 
"Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan-Nya, kemudian dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-Nyalah kamu dikembalikan?" 

Dalam ayat tersebut digunakan kata fa artinya "lalu" yang menunjukkan langsung, 
amwatan fa ahyakum (tadinya mati lalu dihidupkan), dan digunakan kata tsumma artinya "kemudian" yang menunjukkan tidak langsung tetapi ada senggang waktu faahyakum tsumma yumitukum (dihidupkan kemudian dimatikan), yakni setelah beberapa tahun umurnya. Betapa indahnya gaya bahasa al-Qur'an yang sangat tinggi fashahah dan balaghahnya. 

Kematian merupakan awal atau pintu gerbang menuju kehidupan abadi sesuai dengan 
ayat di atas. Oleh karena itu, dalam al-Qur'an disebutkan bahwa sesungguhnya kematian itu sebenarnya kehidupan. Artinya, jika seseorang ingin hidup terus menerus, maka ia harus mengalami kematian terlebih dahulu. Tanpa kematian tidak akan ada kehidupan abadi. Atau dalam istilah al-Qur'an, orang yang mati disebut "Kembali kepada Sang Pencipta". 

Dalam perspektif al-Qur'an, hidup dan mati merupakan ajang persaingan amal di 
antara manusia. Dalam hal ini dikhususkan kepada manusia, karena manusialah yang diberi beban untuk menjalankan segala aturan yang telah ditetapkan kepadanya. Dengan daya nalarnya manusia dapat memilah dan memisahkan antara yang baik dan yang buruk atau yang benar dan yang salah. Dengan begitu, Allah dapat mengevaluasi yang terbaik amalnya di kalangan manusia, sebagaimana ditegaskan Allah dalam S. Al-Mulk: 2; 
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu 
yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." 


Sementara itu, Rasulullah Saw. menggambarkan kehidupan dunia ini laksana 
ladang, addunya mazra'atul akhirah, ladang untuk menanam tanaman berdasarkan timbangan nalar manusia tadi. Jika di dunia ini kita menanam mangga, umpamanya, maka di akhirat nanti kita akan mendapatkan buah mangga. Sebaliknya, jika kita menanamkan kopi, maka akan tumbuh buah kopi juga. Apabila seseorang menanam kebaikan, maka akan memperoleh balasan kebaikan pula, yakni surga. Sebaliknya, apabila menanam kejahatan, maka buahnya juga kejahatan, yakni neraka. Mengingat penting persolan kematian yang berkaitan dengan akhirat, maka al-Qur'an banyak menyebutkan pesan-pesan tentang akhir segala sesuatu. 

Surat-surat Makiyah umumnya mengandung pesan-pesan ini. Hal ini dimaksudkan 
agar manusia sebelum mengamalkan ajaran agama, terlebih dahulu mempunyai motivasi untuk melakukannya, karena setiap apa yang dilakukan itu akan diberi balasan. Kemudian, keyakinan kepada hari akhirat menjadi bagian yang sangat esensial dalam beragama. Bahkan, dalam al-Qur'an pernyataan tentang keimanan kepada Allah senantiasa digandengkan dengan hari akhirat. Umpamanya, termaktub dalam S. Al-Baqarah: 62; 
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian dan beramal shaleh maka mereka akan memperoleh pahala."

src : http://www.mail-archive.com/jamaah@arroyyan.com/msg03019.html

Sunday, January 3, 2016

Memikirkan Rasulullah Yang Selalu Tidak Makan...

Oleh : Dinsman

Kira-kira lima tahun lalu saya bersama Nasir Jani membuat sebuah
dokumentari video mengenai "Puasa Ramadan di Malaysia". Hari ini saya
tiba-tiba teringat - bukan kepada VCD yang sudah siap itu, tetapi
kepada satu masalah besar waktu membuat penggambaran untuk mengumpul
bahan dokumentari itu.

Apa masalahnya? Masalahnya ialah kebanyakan bahan visual yang dapat
kami kumpulkan rupa-rupanya adalah mengenai peristiwa orang makan.
Sedangkan dokumentari itu mengenai orang Malaysia menahan diri tidak
makan di siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Dia jadi terbalik. Songsang.

Tetapi memang pun banyak peristiwa makan. Betul, orang Islam dewasa
tidak makan di siang hari. Tetapi menjelang petang terdapat satu
kesibukan orang hendak membeli makanan, yang luar biasa sibuknya, di
mana-mana, di seluruh negara. Pasar atau bazar Ramadan tiba-tiba
muncul di sana sini. Hal yang tidak pernah terjadi di luar bulan
Ramadan. Ia suatu pesta makanan yang paling besar di dunia.

Mengapa ia terjadi songsang begitu? Tentulah bukan begitu yang
diajarkan Nabi.

Itulah persoalan saya lima tahun lalu, dan masih menjadi persoalan
hingga kini. Bahkan ia berkembang lagi, apabila fikiran saya
tersangkut pada cerita-cerita Nabi Muhammad s.a.w. yang dikisahkan
selalu mengalami lapar, perut kosong kerana tidak makan, hingga ada
waktunya terpaksa perutnya diikat dengan batu.

Sukar hendak saya bayangkan bagaimana perut kosong yang perlu dibantu
supaya tidak terasa terlalu pedih kelaparan, dengan mengikatkan
ketul-ketul batu pada perut itu. Tak boleh. Saya gagal
merasionalkannya. Tidakkah perbuatan itu akan menimbulkan rasa sakit
pula di perut itu kerana adanya batu-batu yang diikat padanya?

Saya kebetulan sedang membaca beberapa buah buku yang di dalamnya
terdapat cerita-cerita berkenaan. Misaalnya buku "Muhammad s.a.w.
Insan Teladan Sepanjang Zaman" hasil karya Tok Guru Dato' Nik Abdul
Aziz Nik Mat, yang baru diterbitkan oleh Anbakri Publika.

Antara lain digambarkan sewaktu membuat persiapan Perang al-Ahzab,
Rasulullah turut bersama-sama dengan para sahabat, memerah keringat
menggali parit untuk benteng pertahanan. "Baginda turut memunggah
tanah dan batu-batu yang berat, menyebabkan seluruh fizikal merasai
sakit, terasa pedih hingga ke pangkal hati."

"Untuk mengurangkan kepedihan akibat rasa lapar, Rasulullah s.a.w.
mengambil beberapa ketul batu, kemudian dibalut dengan kain dan
mengikat ketat pada perutnya. Baginda berbuat begitu selain untuk
mengurangkan rasa lapar, juga untuk mengelakkan daripada kecederaan
akibat bekerja berat dalam keadaan perut kosong." (ms 45)

Dan bayangkanlah. Walaupun terpaksa menahan lapar, Nabi dan para
sahabat bekerja menggali parit itu dalam keadaan gembira dan
bersemangat. Kata Nik Aziz, "Ketika menggali parit, para sahabat
bersajak dan bersyair untuk membangkitkan semangat juang. Rasulullah
s.a.w. juga turut bernasyid bersama-sama mereka." (ms 34)

Kemudian ketika membaca buku Meraih Ampunan Allah (terjemahan)
karangan Jamilah al-Mashri (2004, Jakarta), terdapat pula cerita yang
diriwayatkan Imam Ahmad dan Tabrani, bahawa pada suatu hari Fatimah
(r.a) memberikan sekeping roti kepada ayahnya Muhammad s.a.w. Nabi
mengambil dan berkata: "Ini adalah makanan pertama yang dimakan ayahmu
sejak tiga hari yang lalu."

Bayangkan Rasulullah tiga hari tak makan! Kemudian ada pula riwayat
bahawa Abu Hurairah berkata, "Aku menemui Nabi s.a.w. ketika baginda
sedang solat sambil duduk, lalu aku bertanya: 'Wahai Rasulullah, aku
melihatmu solat dalam keadaan duduk. Apa yang menimpamu?' Baginda
menjawab: 'Lapar, wahai Abu Hurairah'." (ms 230)

Dan ada beberapa peristiwa lagi dari sirah Rasulullah, yang melekat
dalam fikiran saya, menyebabkan saya berfikir - alangkah berbezanya,
dan jauhnya perbezaan antara corak hidup kita hari ini dengan corak
hidup Rasulullah dan para sahabat di zaman itu.

Tentulah itu bukan cerita kedaifan. Nabi Muhammad mempunyai segala
peluang untuk menjadi orang terkaya di zaman itu, sekiranya dia
memilih untuk menjadi kaya. Dia sendiri sejak muda telah terkenal
dengan bakat berniaganya, hingga tokoh korporat zaman itu, Khadijah,
mengamanahkan perniagaan kepadanya.

Para sahabat seperti Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf adalah
orang-orang kaya yang banyak harta, dan sentiasa mahu menyumbang.
Kemudian hasil rampasan perang pun, mengikut Jamilah al-Mashri, boleh
memberikan kekayaan kepada Nabi sekiranya baginda mahu mengambil
bahagiannya.

Katanya, "Seandainya Rasul s.a.w. mau menegumpulkan harta, nescaya
baginda menjadi manusia terkaya. Seperlima harta rampasan dari Perang
Hunain saja sudah mencapai 8,000 ekor kambing, 4,800 unta, 8,000 auns
perak serta 1,200 tawanan." (ms 138)

Mengisahkan seorang sahabat yang juga mengalami lapar, Nik Aziz di
dalam bukunya mencatatkan: "Abu Hurairah r.a, berkata: Bahawa pada
suatu ketika aku rebah ke tanah kerana terlalu lapar. Orang yang
melihat aku tergeletak di tanah mengatakan aku terkena penyakit sawan.
Sebenarnya aku tidak terkena penyakit sawan, tetapi aku rebah kerana
terlalu lapar.

Tiba-tiba ada sahabat memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh
aku pergi ke rumahnya. Menerima jemputan itu tiba-tiba tubuh aku
menjadi segar, kerana lazimnya jika Rasulullah saw menjemput kami ke
rumahnya bererti ada makanan yang hendak dihidangkan kepada kami." (ms 35)

Membaca sirah Rasulullah dan para sahabat berulangkali dari pelbagai
sudut, saya bukan saja merasai perbezaan corak hidup mereka yang
ketara itu, tetapi juga merasai beberapa pertanyaan yang mendesak,
memerlukan pemahaman yang lebih rasional dan wajar.

Misalnya, dua tahun lalu saya pernah mengutip idea dan pemikiran Abul
Hasan Ali An-Nadwi dari bukunya Pertentangan Iman dengan Materialisma,
untuk dialog drama pentas saya yang berjudul "Tamu Dari Medan Perang".

Dalam drama tersebut watak Mufti membacakan sebuah hadis, begini:
"Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, daripada Umar
ibnul Khattab, katanya: Pada suatu hari saya masuk menemui Rasulullah
s.a.w. di rumahnya, baginda sedang berbaring di atas pasir. Baginda
tidak menggunakan sebarang alas bagi mengalaskan antara tubuhnya
dengan pasir. Kesan-kesan pasir kelihatan jelas di bahagian rusuknya.

"Begitulah Rasulullah s.a.w. Bukan baginda tidak mampu. Kalau baginda
mahu, bukan baginda tidak mampu untuk mengadakan lantai yang beralas
atau membina rumah yang besar dan mewah sekalipun. Baginda mampu
mengadakan semua itu, kalaulah itu yang baginda pilih. Tetapi baginda
tidak memilih yang itu."

Meneruskan pemikiran itu di hari-hari Ramadan al-mubarak, saya jadi
bertambah yakin bahawa corak hidup kita sudah jauh terpesong dari
landasan yang ditunjukkan Nabi. Jauh betul terpesongnya. Dan
rupa-rupanya inilah yang selalu ditekankan Tok Guru Nik Aziz dalam
kuliah-kuliah dan juga dalam kepimpinannya.

Tepat sekalilah beliau bertanya Ketua Audit Negara yang menegur
jabatan dan agensi kerajaan Kelantan "tidak menunjukkan kemajuan
ketara". Kata Nik Aziz: "Saya nak tahu apa definisi maju tu dulu.
Ukuran maju ke tak maju ni dikira dari mana." Soalan itu sebenarnya
untuk difikirkan oleh semua orang hari ini.

Sumber:
http://www.harakahd aily.net/ index.php? option=com_ content&task= view&id=017003& Itemid=60

src : abumeow at yahoogroups.com