Assalammualaikum....
Akhir-akhir ini, saya selalu mengikuti perkembangan ruangan mencari kerja dan mendengar cerita rakan-rakan yang sudah mula berhenti kerja, sama ada mencari kerja baru ataupun bekerja sendiri. Tahniah diucapkan untuk permulaan hidup baru.

Di tempat kerja
saya sendiri pun hampir setiap bulan ada sahaja yang berhenti kerja untuk plan
hidup seterusnya.
Itulah kehidupan bekerjaya, ada yang datang dan pergi. Masing-masing punya perancangan yang teliti dengan hidup mereka, jangan dipersalahkan atau dipandang serong.
Itulah kehidupan bekerjaya, ada yang datang dan pergi. Masing-masing punya perancangan yang teliti dengan hidup mereka, jangan dipersalahkan atau dipandang serong.
Fenomena kini pun
sangat membimbangkan majikan-majikan di Malaysia apabila fenomena graduan
universiti yang semakin kurang mencari kerja tetapi semakin ramai pula pekerja
mahirnya mula berhenti kerja!
Satu realiti kebangkitan bangsa Melayu dalam memperkukuhkan ekonomi dengan mula bekerja sendiri atau menggunakan kemahiran tersebut pada bidang yang selayaknya.
Satu realiti kebangkitan bangsa Melayu dalam memperkukuhkan ekonomi dengan mula bekerja sendiri atau menggunakan kemahiran tersebut pada bidang yang selayaknya.
Mari kita tengok 7
alasan KUKUH untuk anda pertimbangkan untuk mula menulis surat resign
anda sendiri.
1- Anda mula tidak suka hari Isnin.
Berasa sedih
apabila weekend berakhir dan Isnin datang kembali itu perkara
biasa.
Tapi jika anda membayangkan masuk pejabat, bekerja, bertemu majikan, rakan kerja dan semua yang terjadi pada hari Isnin menyebabkan anda muak dan tertekan, itu parah!
Tapi jika anda membayangkan masuk pejabat, bekerja, bertemu majikan, rakan kerja dan semua yang terjadi pada hari Isnin menyebabkan anda muak dan tertekan, itu parah!
Maksudnya jika
boleh, tentu anda tak ada 'hati' nak berada di sana. Mungkin anda hanya
bertahan hanya demi sebuah pekerjaan?
Tapi untuk apa menyeksa diri dan menghabiskan hidup di tempat yang anda kurang minat melaburkan hari anda di sana sedangkan orang lain dapat menikmati pekerjaan mereka?
Tapi untuk apa menyeksa diri dan menghabiskan hidup di tempat yang anda kurang minat melaburkan hari anda di sana sedangkan orang lain dapat menikmati pekerjaan mereka?
2- Passionate anda semakin berkurangan.
Pekerjaan yang
ideal adalah apabila kita dapat melakukan apa yang kita sukai. Walaupun tak
semua orang seberuntung itu, tapi jika kita berjaya mencintai kerjaya sedia
ada, maka segala aktiviti di pejabat tak akan terasa berat.
Bahkan walaupun
pekerjaan itu berat dan melelahkan, anda masih juga selesa di pejabat. Namun
jika anda mulai rasa terpaksa dan mungkin juga benci dalam menyelesaikan tugas
hingga mencari alasan untuk tak datang kerja, untuk apa diteruskan lagi?
Sangat baik jika anda dapat pupuk sifat suka dalam pekerjaan anda setelah anda graduate dari IPT tetapi jangan lama-lama. Selepas 2-3 tahun, mulalah cari kerjaya yang anda sukai. Bila anda sukai kerja anda, passion anda juga tinggi!

3- Masalah pengurusan atau kewangan syarikat
Jika pengurusan
sesbuah syarikat penuh dengan birokrasi dan politik pejabat di samping
permasalahan kewangan syarikat yang tidak kukuh, adalah sewajarnya anda perlu
cepat-cepat menulis surat berhenti kerja.
Walaupun diakui ada
sesetengah syarikat yang berjaya mendapatkan kepercayaan pekerjanya hingga ada
yang sanggup bekerja dengan gaji yang tidak menentu, tetapi harus tunggu hingga
bila jika pengurusan syarikat tidak berusaha untuk menyelamatkan syarikatnya?!
Malahan,
akhir-akhir ini banyak sekali syarikat yang dilaporkan media tidak menjaga
kebajikan para pekerja mereka, malahan ada juga yang sengaja tidak sensitif
dengan beban kenaikan taraf hidup para pekerjanya, maka tunggu apa lagi,
carilah pekerjaan lain yang lebih terjamin, baik dari segi kerjaya ataupun
kewangan.
Tidak ada untungnya
biarkan diri anda ‘diperah’, dibuli dan dipergunakan oleh majikan. Bukan RM
yang dikejar tetapi kebajikan yang diharapkan!
4- Stress yang keterlaluan
Tekanan kerjaya
adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang. Betulkan?!
Apabila akhir-akhir ini anda sering mengalami stress hingga mengalami kemurungan (depression), itu tandanya anda sudah bosan dengan pekerjaan yang dilakukan.
Apabila akhir-akhir ini anda sering mengalami stress hingga mengalami kemurungan (depression), itu tandanya anda sudah bosan dengan pekerjaan yang dilakukan.
Hanya ada 2 pilihan
sahaja, bercuti pendek (melancong) atau bercuti panjang (berhenti), anda pilih
mana yang sesuai dengan diri anda.
Ramai yang memandang ringan kesan stress ini walaupun mereka tahu ia sangat
berbahaya hingga dikategorikan sebagai punca hampir kebanyakan penyakit kronik
di dunia.
Stress mampu mengganggu kesihatan anda. Insomnia, nafsu makan bertambah atau semakin menurun, cepat emosi dan daya tahan tubuh terhadap penyakit pun menurun.
Stress mampu mengganggu kesihatan anda. Insomnia, nafsu makan bertambah atau semakin menurun, cepat emosi dan daya tahan tubuh terhadap penyakit pun menurun.
Jangan biarkan ini
terus terjadi karena kesannya sangat besar pada kesihatan dan kehidupan
sosial anda.
Bangkitlah dan cari pekerjaan baru yang sesuai dengan keinginan anda!
Bangkitlah dan cari pekerjaan baru yang sesuai dengan keinginan anda!
5- Hidup mati dengan kerja
Ini golongan
workaholic yang hidup matinya hanya semata-mata untuk siapkan kerja.
Pekerja yang cemerlang adalah pekerja yang tahu menyeimbangkan antara hidup dan kerjaya.
Kerjaya yang hebat tidak menentukan kebahagiaan anda. Tapi kerjaya yang berkat pasti membahagiakan anda!
Pekerja yang cemerlang adalah pekerja yang tahu menyeimbangkan antara hidup dan kerjaya.
Kerjaya yang hebat tidak menentukan kebahagiaan anda. Tapi kerjaya yang berkat pasti membahagiakan anda!
Nak kerjaya berkat
selang-selilah dengan amalan kerohanian yang diajar oleh agama, jalinkan
persahabatan, bentukkan konsep kekeluargaan di pejabat dan di rumah dan berikan
hak yang sepatutnya kepada setiap manusia di sekeliling kita.
Kan Nabi SAW sudah
lama bersabda,"Dan bagi setiap sesuatu itu ada haknya. Maka berilah hak
tersebut kepada yang berhak menerimanya".
Hadis ini adalah teguran kepada seorang 3 orang sahabat yang ingin berterusan beribadat kepada Allah hingga tanpa sedar telah mengabaikan hak orang lain dalam hidup mereka.
Hadis ini adalah teguran kepada seorang 3 orang sahabat yang ingin berterusan beribadat kepada Allah hingga tanpa sedar telah mengabaikan hak orang lain dalam hidup mereka.
6- Merasa diri dipergunakan dan tidak dihargai.
Malangnya kita jika
mendapat kerja seperti ini. Sudahlah dipergunakan untuk membuat 40 kerja dalam
satu posisi jawatan yang lain, malahan anda juga tidak dihargai.
Jika setelah bertahun-tahun kerja tetapi masih dipinggirkan untuk dinaikkan pangkat walaupun segala macam jenis kerja telah anda lakukan, maka mungkin masanya untuk anda sudah tidak membazirkan masa di sana.

Pergilah ke tempat
lain yang lebih menghargai anda dan kelulusan atau kemahiran yang anda ada.
Jangan menyesal untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik.
Walaupun anda membawa diri ke tempat lain dengan 'tersentap' hati tapi buktikan semula bahawa bekas majikan akan akan tersentap juga setelah ketiadaan anda.
Walaupun anda membawa diri ke tempat lain dengan 'tersentap' hati tapi buktikan semula bahawa bekas majikan akan akan tersentap juga setelah ketiadaan anda.
Lihat juga potensi
pengembangan karier anda di pejabat tersebut. Jika kursus pun diadakan setahun
sekali dengan alasan bajet tak mencukupi, nampak sangatlah bahawa itu bukan
tujuan utama syarikat anda dalam menjadikan anda pekerja mahir dalam bidang
tersebut.
Mungkin juga
syarikat tidak ingin anda keluar dari kepompong mereka kerana ketiadaan
kemahiran, pengalaman dan potensi yang diperlukan oleh industri ketika itu
adalah sangat menyulitkan untuk anda berpindah kerja di tempat lain.
Jangan buang masa
anda dan pergilah tempat yang boleh memberikan anda peluang-peluang tersebut
sebelum umur anda menginjak ke usia 'tidak diterima bekerja'!
7. Suka merungut tentang kerja anda.
Saya sering
berjumpa dengan rakan-rakan yang tidak gembira dengan kerjaya yang disandang
sekarang. Hampir setiap kali berjumpa, asyik merungut jer.
Di mana-mana je pasti cerita tentang masalah pejabat, maka penyakit 'trauma' pekerjaan ini hanya boleh dihilangkan dengan pekerjaan baru.
Di mana-mana je pasti cerita tentang masalah pejabat, maka penyakit 'trauma' pekerjaan ini hanya boleh dihilangkan dengan pekerjaan baru.
Kebanyakan yang
merungut adalah tentang lambakan kerja dengan hasil gaji yang tidak lumayan
atau bersesuaian dengan pekerjaan.
Adalah sangat zalim jika majikan terus memberi gaji kepada para pekerja mengikut kelulusan mereka sedangkan dunia Barat telah lama membayar gaji mengikut prestasi kerja yang ditunjukkan oleh pekerja mereka.

Inilah yang disebut oleh Muhammad Abduh,"Aku menjumpai Islam ketika aku di negara bukan Islam dan tidak aku temui Islam di dalam negara Islam".
Itulah yang diajar
oleh Islam, beri upah berdasarkan prestasi kerja bukan semata-mata kelulusan.
Hatta Nabi SAW bersabda,"Berilah upah kepada pekerjamu sebelum kering
air peluhnya".
Hadis yang ditafsirkan oleh para ulama tentang aras ketetapan gaji berdasarkan prestasi kerja dan tempoh pembayaran gaji yang jelas untuk panduan kita di akhir zaman ini.
Hadis yang ditafsirkan oleh para ulama tentang aras ketetapan gaji berdasarkan prestasi kerja dan tempoh pembayaran gaji yang jelas untuk panduan kita di akhir zaman ini.
Anda
ada tak ciri-ciri ni?
Kalau ada, bersiaplah untuk meninggalkan kerjaya anda sekarang dan pilihlah untuk bekerja dengan ikhlas dan diberkati, dihargai dan dirahmati. Hidup adalah PILIHAN. Pilihlah yang terbaik untuk kehidupan anda!

Nukilan : http://wafiqulya.blogspot.my