AL-QURAN 1

Wednesday, January 15, 2014

Peringatan Buat Semua



"Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?


Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

  1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
  2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
  3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
  4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
  5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
  6. Apabila seseorang anak lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
  7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
  8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
  9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
  10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
  11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
  12. Apabila lelaki memakai sutera.
  13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki. - Ini dah biasa berlaku
  14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik. - Ini pun telah dan sedang berlaku
  15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada
    saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah
    (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang
    tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.

Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat .

Semoga kita semua mendapat iktibar dari catatan diatas.
Wallahu'alam...


Friday, January 3, 2014

WAJIB BACA JIKA ANDA SAYANGKAN AYAH ANDA



~APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH~

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..
Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita?
Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya.

Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..

Ayah akan tersenyum dengan bangga.. Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..

Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..
Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.. Begitulah pengorbanan seorang insan bergelar ayah ..

Wednesday, January 1, 2014

Risalah Fikir (251) Betapa Dunia Dan Ummat Hari Ini Ketandusan Orang2 Yg Seperti Ini…

Oleh Ustaz Jalil, 29-Jul-2002 02:51:25

Dan drp Ibnu Abii Al-Wardi roh.a., katanya (mafhuumya) : Daku telahmasuk ke atas (pergi kepada) Sariyy Saqtiyy roh.a. dan beliau sedangmenangis, dan (disebelahnya ada) dauroq-nya (dauroq adalah sejeniskendi yg ada pemegangnya tapi tidak berpipa) yang telah pecah/remuk.Maka aku pun bertanya : Apa yang telah terjadi kepada engkau ni ?
Jawabnya : Dauroq itu telah pecah / remuk.
Daku berkata : Daku (bisa) membelinya (yg lain) sebagai ganti untukitu.
Jawabnya : engkau nakgantinya untuk aku!? walhal aku mengetahuidaripada mana daaniq(duit) yg mana engkau akan membelikan dauraq itudengannya, dan siapakah yang membikinnya? dan dari manakah tanahnya(untuk buat dauroq itu)? dan apakah yg dimakan oleh pembikinnyasehingga dia selesai drp pembikinannya / kerjanya itu ?
Begitulah terjemahan kasar drp Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imaam Al-`Aalim Jamaaluddin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 2,mukasurat 372 dan 373.
Subhaanallooh……
Begitulah telitinya dan wara'nya orang2 dahulu….
Tentulah hati2 mereka begitu suci sekali……
Kalau begitulah keadaan mereka, bagaimana kita bisa memprotesmereka ?
Bagaimana kita bisa mengenepikan ajaran2 dan nasihat2 mereka ?
Apakah masih wujud seseorang di dunia ini orang yg seperti SariyySaqtiyy roh.a. ini ???

Bayangkan…. Kendinya / dauroqnya pecah , beliau roh.a. menangis…kenapa?Kerana kendi pengganti nanti (mungkin) akan dibeli dgn duit ygdatangnya dari sumber yg diragui, syubhat, dsbya….Dan mengenai pembuat atau pembikin kendi (yg baru itu) , beliauroh.a. belum tahu lagi siapa orangnya (adakah seorang yg soolih, atauseorang yg faasiq, atau bagaimana ? ).Dan beliau pun belum pasti lagi adakah bahan tanah yg akan dijadikankendi itu pun bersumberkan tanah yg syubhat, diragui, (lebih2lagilah kalau bahan tanah yg haroom) atau bagaimana ?Dan apakah makanan yg dimakan oleh pembikin kendi itu merupakanmakanan yg halal atau sebaliknya ? Atau pun syubhat dsbnya ?

Itu baru berthabit dengan kendinya…. Belum lagi ditinjauketelitiannya dan kewaro'annya dalam hal makanan, pakaiandsbnya !!!
Subhaanallooh….
Semoga Allooh swt merohmati Sariyy Saqtiyy !!!

BETAPA DUNIA DAN UMMAT HARI INI KETANDUSAN ORANG-ORANG YG SEPERTIINI ….!!!KALAU BEGITU, BAGAIMANA ORANG-ORANG DI ZAMAN INI MAHU JADI PEMBIMBINGBAGI UMMAT INI ? MAHU MENJADI MURSYID BAGI UMMAT ? MAHUMENJADI `ULAMAA` BAGI UMMAT ? MAHU MENJADI TOKOH BAGI UMMAT ?WALAU SE'ALIIM / SEBAIK / SESOOLIH / SEWARO' MANA PUNORANG2 HARI INI, TENTULAH JAUH PANGGANG DRP API JIKA DIBANDINGKANORANG2 DAHULU SEPERTI SARIYY SAQTIYY ROH.A. INI DSBNYA……!!!

[Yang nyata, rata2 orang hari ini, tidak kira siapa dia, samaada `aalim atau pun tidak, pada `amnya tidak terlepas drptempias riba….kecualilah mereka yg benar2 dirohmati Alloohswt…]
YA ALLOOH, SELAMATKANLAH KAMI….!

Walloohu A'lam.

Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar…..

Wassalaamu'alaikum wrb.,

Alfaqiiru ilallooh.
MUFRODAAT:

[1] DAANIQ, DAANAQ : (duit) seperenam dirham, kj: DAWAANIQEdited by : Norizan Daud

JANJI

Janji merupakan salah satu perkara biasa dalam kehidupan seorang
insan. Manusia melafazkan sesuatu janji semudah menyebut a,b,c. Janji
juga dilabelkan dengan beberapa frasa atau gelaran khusus
seperti 'janji Melayu' dan sebagainya. Malangnya, kebanyakan manusia
kerap mungkir janji sekerap ia berbicara. Mengapakah terjadinya
fonemena ini ?

Islam menganggap janji adalah satu perkara yang besar. Menunaikan
janji adalah tanggungjawab insan. Adalah menjadi satu kesalahan dan
berdosa besar jika janji dimungkiri. Allah telah memasukkan kesalahan
mungkir janji sebagai dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk
dalam kategori ciri-ciri orang munafik.

Apabila kita merenung kepada janji-janji manusia di dalam al-Quran
dan Hadith khususnya golongan kafir atau munafiq, samakah janji
mereka dengan janji-janji orang yang beriman ? Kenapakah mereka
dihancurkan dan dijanjikan dengan neraka?

 
Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mungkir janji !!!
(sila lihat ayat 75-77 Surah At-Taubah sebagai contoh).

"Dan di antara mereka ada orang yang telah berikrar kepada
Allah:'Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaNya kepada
kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-
orang yang soleh."
[At-taubah:75]

"Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari
kurniaNya, mereka bakhil dengan kurnia itu, dan berpaling, dan mereka
memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran)."
[At-Taubah:76]

"Maka Allah menimbulkan perasaan munafik pada hati mereka sampai
kepada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri
terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepdaNya dan (juga)
kerana mereka selalu berdusta."
[At-Taubah:77]

Sebagaimana manusia berjanji, Allah dan RasulNya turut berjanji.
Tetapi janji Allah dan RasulNya amat jauh bezanya dengan janji insan.
Manusia sering mungkir janji, malah seolah-olah menjadikannya sebagai
habit sedangkan janji Allah dan RasulNya sentiasa benar dan tepat.

Apakah janji Allah dan RasulNya ? Sesungguhnya janji Allah dan
RasulNya terlalu banyak....adalah terlalu mustahil untuk dicatatkan
kesemuanya. Di sini hanya dijelaskan beberapa janji tersebut sebagai
renungan kita bersama.

Sebagaimana yang kita ketahui, Islam asalnya agama terpencil dan
lemah. Kerdil di tengah-tengah keperkasan agama berhala ciptaan
manusia, ditindas oleh keangkuhan generasi jahiliyyah, lemas di bawah
siksaan dan tekanan masyarakat Quraisy.  Dalam keadaan inilah,  Allah
dan RasulNya menjanjikan ketinggian martabat dan kemuliaan maruah di
tengah-tengah masyarakat Jahiliyyah dengan syarat yakin sepenuh hati
dan mengamalkan ajaran Islam dengan ikhlas. Janji Allah dan RasulNya
benar-benar terjadi. Umat Islam yang benar-benar ikhlas dan patuh
bukan sahaja berjaya menyebarkan panji-panji Allah bahkan mereka
menjadi masyarakat yang mulia, digeruni dan dihormati di seluruh dunia.

Dalam perang Badar misalnya, bagaiamana jumlah tentera yang hanya 313
orang dapat mengalahkan 1000 orang walaupun tanpa kelengkapan yang
perang yang sempurna ! Senjata mereka hanyalah iman yang tidak
berbelah-bahagi kepada Allah. Semua ini tidak mustahil asalkan ada
pertolongan Allah. Ini janji Allah dan RasulNya.

Benarlah firman Allah dalam kitabnya :

"Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolongnya"

Ketika Allah memerintahkan umat Islam berhijrah ke Madinah, orang
kafir dan munafiq telah menghasut orang Islam supaya tidak berhijrah
meningalkan harta, saudara, rakan dan kampung halaman. Menurut
mereka, adalah satu tindakan bodoh meninggalkan harta dan kesenangan
di Makkah dan memilih  menjadi susah dan miskin di Madinah. Namun  
Allah dan RasulNya menjanjikan rezeki dan kehidupan yang lebih
sempurna kepada mereka yang berhijrah.

Firman Allah SWT :

"Orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah dan orang-
orang yang membantu, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman.
Dan bagi mereka keampunan dan rezeki yang melimpah ruah"
 
At-Taubah :20

Janji Allah dan RasulNya memang benar-benar tepat. Sampai saja mereka
di Madinah, mereka diberikan keistimewaan-keistimewaan yang tidak
diduga. Diberikan harta, dihadiahkan isteri, dipinjamkan modal,
dilayan seperti menteri, dijadikan rakan koprat dan dibantu serba-
serbi. Saidina Abdul Rahman Bin Auf menjadi jutawan selepas berhijrah
ke Madinah, hamba menjadi merdeka, golongan fakir semakin berkurangan
dan hidup mereka aman damai, tiada siksaan  tiada penindasan. Inilah
janji Allah dan RasulNya,    janji yang pasti !!!

Ketika dalam perjalanan hijrah, Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar
telah berjaya dikesan oleh salah seorang panglima Quraisy yang
bernama Suraqah b. Malik. Pihak Quraisy menghadiah ribuan ekor unta
kepada mereka yang dapat menangkap atau membunuh Rasulullah. Ketika
beliau menghampiri Rasulullah SAW dan Abu Bakar, tiba-tiba kudanya
terpesorok ke dalam tanah. Setelah dikeluarkan kaki kudanya dari
tanah tadi, beliau terus menyerbu ke arah Rasulullah, tetapi keadaan
yang sama telah belaku semula. Diulangnya beberapa kali dan setiap kali 
keadaan yang sama tetap berlaku.

Lalu Rasulullah mendakwahnya  dengan Islam. Baginda berjanji
menghadiahkannya  dengan gelang kebesaran kerajaan Parsi jika Suraqah
masuk Islam.Bayangkan pada masa itu baginda baru hendak berhijrah ke
Madinah dan agama Islam masih kerdil, sedangkan kerajaan Parsi pada
masa itu adalah satu kuasa dunia ! Perbezaannya seperti  langit
dengan bumi. Tetapi Rasulullah tetap yakin dengan masa depan Islam
bahawa Islam akan berkuasa, maka beliau berani menjanjikannya kepada  Suraqah.

Janji Rasulullah SAW memang benar. Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke
tangan tentera Islam di zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Saidina Umar
dengan linangan airmata kegembiraan dan tanda terharu betapa benarnya
janji Allah dan RasulNya menyerahkan gelang kebesaran kerajaan Parsi
tersebut kepada Suraqah b Malik sambil berkata :

"Alhamdulillah yang merampasnya (gelang kebesaran) dari Kisra
(maharaja) yang mengaku dirinya tuhan dan memakainya kepada Suraqah bin Malik".
 
Seterusnya Rasulullah berjanji bahawa Islam akan dapat menawan
Konstantinople (sekarang dikenali sebagai     Istanbul di Turki).
Konstantinople adalah bandar strategik kerana ia merupakan jalan
masuk ke Eropah. Sesiapa yang menguasainya bermakna menguasai Asia
dan Eropah sekaligus. Baginda juga memberi pengiktirafan kepada
tentera yang berjaya menawannya sebagai tentera  terbaik dan
pemimpinnya merupakan pemimpin yang terbaik. Janji Rasulullah SAW
tidak pernah dimungkiri, semuanya tetap berlaku. Sultan Muhammad Al-
Fatih telah berjaya menawan Konstantinople dan sekaligus merancakkan
lagi penyebaran agama Islam ke benua Eropah.

Jelas, janji-janji Allah dan Rasulnya memang tepat dan dikotakan.
Sesungguhnya di sana terdapat janji Allah yang lebih besar dan
penting kepada kehidupan insan. Janji yang pasti !!! Allah dan
RasulNya telah menjanjikan kehidupan di dunia dan akhirat yang
gemilang bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan
kehidupan yang sukar di qubur dan neraka bagi mereka yang ingkar.

Apakah tindakan kita ke arah itu ? Percayakah kita kepada janji Allah
tersebut ? Buktikannya dengan teori dan praktikal !!!

Kenapakah kita terlalu kedekut untuk membeli pahala yang dijanjikan
oleh Allah ? Apakah kita 'segan' untuk mendiami Syurga Allah  ? atau
lebih selesa tinggal di neraka ? Kita suka kubur yang luaskah atau
yang sempit ?

Semoga Bermanafaat
Wallahu'alam