Minat.
Untuk mengingati sesuatu fakta anda mestilah mempunyai minat untuk
mengetahui tentangnya. Anda mesti
mempunyai sebab kenapa mahu mengingatinya.
Fikirkan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk meningkatkan minat
anda ketika belajar atau ketika berada dalam kelas. Sekiranya anda sedar yang anda tidak berminat
pada satu-satu mata pelajaran atau pada seorang guru, lakukanlah usaha untuk
memperbaiki diri anda demi masa depan anda.
Langkah-langkah seperti berikut boleh membantu:
·
Dapatkan
rakan yang hebat dalam pelajaran tersebut.
·
Kenali
guru anda dan cuba
fikirkan kebaikan-kebaikannya daripada memikirkan keburukan-keburukannya
·
Lakukan lebih banyak latihan
untuk menguasai mata pelajaran tersebut.
Mulakan sedikit dahulu, apabila anda menguasai, walaupun sedikit, anda
akan mula lihat bahawa anda punya potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula berputik
·
Cari jalan untuk mempraktikkan
apa yang anda pelajari. Pelajaran bahasa
memerlukan anda sentiasa bercakap menggunakan bahasa tersebut
Berhasrat Untuk Mengingatinya.
Hasrat yang sungguh-sungguh untuk mengingati
sesuatu fakta. Berfikir secara positif
dan katakan pada diri yang anda pasti boleh mengingatinya. Amalkan sikap yang anda pasti mempelajari dan
menguasainya sekarang, bukan esok
bukan akan datang.
Langkah-langkah
berikut turut membantu:
· Anggapkan
bahawa guru akan memberikan kuiz dipenghujung sessi, ganjarannya ialah RM10
untuk setiap soalan yang dijawab dengan betul.
· Rekodkan
pada sehelai kertas setiap kali anda meyedari yang fikiran anda melayang. Serta merta kembali berikan tumpuan. Dengan cara ini anda melazimkan minda anda
untuk berusaha memberikan tumpuan.
· Apabila
membaca cuba
berkata-kata kembali dengan penulisnya (walaupun penulis sebenarnya tidak ada
dihadapan anda).
· Ketika
guru mengajar bentuk soalan sebanyak mungkin dan soal ketika berpeluang.
Pengetahuan Asas.
Pemahaman anda tentang sesuatu subjek baru bergantung kepada sejauh mana
pengetahuan anda tentang subjek tersebut sebelumnya, dan juga subjek-subjek
yang berkaitan dengannya. Lagi mantap
pengetahuan asas anda, lagi mudah anda menguasai subjek yang baru dipelajari.
Tip: Lagi
banyak pengetahuan asas anda tentang sesuatu pelajaran lagi mudah untuk anda lebih
mengetahui tentangnya.
Langkah-langkah yang boleh
diambil:
·
Buat
imbasan sebelum mempelajari pelajaran / tajuk baru (Lihat bahagian membaca
kritikal).
·
Baca
bahan sebelum bermulanya kelas. Baca walaupun anda tidak begitu
memahaminya. Ini akan menjadi pengetahuan
asas untuk anda.
·
Mulakan
dari yang mudah kepada yang susah.
Jangan abaikan perkara asas walaupun nampak mudah.
·
Lakukan
usaha pengayaan bahan, baca buku-buku tambahan, cari bahan dalam internet dan
sebagainya.
Pemilihan.
Anda mesti mampu menilai bahagian mana yang lebih penting dan pilih
bahagian tersebut untuk didalami. Minda
tidak mampu untuk menguasai sepenuhnya subjek baru dalam sesuatu masa. Minda juga mempunyai had untuk mencerap
perkara baru. Oleh itu pilihlah perkara
yang paling penting dulu untuk dipelajari, bermula dari sini anda boleh
mengembangkan pengetahuan anda dengan menjadikan perkara yang telah dipelajari
ini sebagai pengetahuan asas anda.
Pengecilan Saiz Maklumat.
Anda boleh belajar dan mengingati fakta
dengan lebih baik sekiranya anda mampu mengagihkan fakta-fakta tersebut kepada
beberapa kumpulan tertentu yang lebih kecil. (Lihat bahagian Teknik Ceraian).
Recitation.
Menyebut fakta atau ide
dengan suara yang boleh didengari oleh telinga anda mempercepatkan maklumat dipindah
dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang. Penyebutan berhasil kerana beberapa sebab:
Anda tahu anda perlu menyebutnya
dengan menggunakan ayat sendiri, maka anda akan berikan lebih tumpuan. Anda juga meningkatkan hasrat untuk
mengingatinya.
Anda mendapat maklumbalas segera
sama ada anda mampu mengeluarkan semula maklumat tersebut. Sekiranya anda telah menguasai sesuatu subjek
maka anda juga pasti boleh menerang dan mengajarkannya semula.
Apabila anda mendengar setiap
patah perkataan, anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses
maklumat.
Tip :
·
Gunakan
kad kecil.
·
Setiap
kali habis baca satu perenggan, berhenti sejenak, jelaskan semula kepada diri
anda apa yang telah anda pelajari dengan menyebutnya dalam perkataan anda sendiri.
·
Dapatkan
rakan yang boleh sama-sama menyoal dan menjawab.
Leceh?
Memang melecehkan tetapi jauh lebih baik
daripada anda membaca tetapi tidak faham dan tidak ingat.
Gambaran Minda.
Ini adalah prinsip memori yang sangat penting. Kaedah ini memerlukan anda menggambarkan
setiap fakta yang anda mahu ingat.
Dengan menggambarcara anda menggunakan otak kanan anda seiring dengan
membaca yang menggunakan otak kiri.
Begitu juga ketika guru mengajar, tukarkan setiap penyampaian guru ke
dalam bentuk gambaran minda. Sebenarnya
minda anda telahpun melakukan proses ini tanpa anda sedari tetapi untuk
meningkatkan ingata anda perlu melakukan usaha sendiri untuk
menggambarkannya. Kita akan mempelajari
80% dari apa yang kita lihat daripada
apa yang kita dengar. Walau bagaimana
rumit sekali pun cuba
dapatkan ide untuk menggambarkan setiap apa yang dipelajari.
Tanya diri anda soalan berikut:
·
Bolehkah fakta ditukarkan kepada carta atau graf?
·
Bolehkan anda melakar atau melukis?
·
Bolehkan anda buatkan cerita dalam minda?
·
Bolehkan dihasilkan peta minda?
Association.
Ingatan akan lebih kuat dan lebih lama
sekiranya sesuatu yang mahu diingati itu unik, ganjil, atau boleh dikaitkan
dengan sesuatu yang anda ketahui sebelum ini.
Consolidation.
Minda anda memerlukan masa untuk maklumat
baru tersimpan. Apabila anda membuat
nota dan mengimbas semula serta merta setelah tamatnya kelas bermakna anda
telah membolehkan maklumat tersimpan lebih lama. Memori jangka pendek hanya mampu menyimpan 5
hingga 7 maklumat sahaja dalam sesuatu masa.
Sekiranya maklumat ini tidak dipindahkan ke memori jangka panjang maka
potensi untuk anda lupa adalah tinggi.
Anda biasanya didatangkan dengan begitu banyak maklumat ketika
belajar.
Oleh itu anda perlu menggunakan
kaedah dibawah bagi mengekalkan maklumat-maklumat tersebut.
· Membuat nota.
· Bertanya soalan dalam kelas.
· Mengimbas semula nota.
· Berhenti disetiap perenggan dan tuliskan soalan atau soal diri anda apa yang telah anda pelajari.
· Membuat gambaran minda.
· Menyebut kembali apa yang dibaca dalam ayat sendiri.
· Membuat kad kecil.
· Menguji diri dengan kuiz atau soalan.
Mengagih Latihan.
Beberapa siri sessi belajar yang pendek
adalah lebih baik dari satu sessi belajar yang panjang. Pendekatan ini perlu digunakan untuk mata
pelajaran yang anda sukar fahami atau sukar dikuasai. Sebab minat anda tentang mata pelajaran ini
kurang atau tiada langsung sedangkan mata pelajaran tersebut penting.
Mengagih
masa latihan memberikan masa untuk maklumat dicerap dan disimpan. Ia juga membolehkan anda membina pengetahuan
asas tentang pelajaran tersebut.
Artikel ini disalin dari Catatan:
Dr. Tengku Asmadi bin
Tengku Mohamad, Ph.D
Semoga Bermanafaat