AL-QURAN 1

Wednesday, January 16, 2013

ANCAMAN BAGI ORANG YANG TIDAK MENUNAIKAN ZAKAT


Daripada Jabir Bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Tidaklah seorang pemilik unta yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat ia akan dihempaskan ke daratan yang sangat luas bersama unta-untanya dalam jumlah yang sangat banyak. Kemudian unta-unta itu akan menginjak-injak orang tersebut dengan kaki dan kukunya.

Tidak seorang pemilik sapi yang tidak menunaikan zakat melainkan pada hari kiamat ia akan dihempaskan ke daratan yang sangat luas bersama-sama sapi-sapinya dalam jumlah yang sangat banyak. Lalu sapi-sapinya itu menanduknya dengan tanduknya dan menginjak-injak dengan kakinya.

Tidak seorang pemilik kambing yang tidak menunaikan zakat melainkan pada hari kiamat ia akan dihempaskan ke daratan yang sangat luas bersama-sama kambing-kambingnya dalam jumlah yang sangat banyak. Lalu kambing-kambingnya itu menanduknya dengan tanduknya dan menginjak-injak dengan kukunya, padahal antara kambing-kambing itu tidak ada yang bertanduk atau yang patah tanduknya.

Tidak seorang pemilik harta simpanan yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan harta simpanannya akan menjelma pada hari kiamat menjadi seekor ular yang botak. Ular itu akan mengikutinya dengan mulut yang terbuka siap mematuknya. Jika ular itu mendatanginya, serempak ia berlari menghindarinya.


Setelah itu Rabnya berseru kepada orang itu : "Ambillah harta yang telah kamu simpan itu! Sesungguhnya Aku tidak lebih memerlukannya daripadamu.' Tatkala ular tersebut mendapati pemilik simpanan harta itu berada dalam keadaan terdesak, tidak bisa menghindar lari daripadanya, maka ia pun menggigit tangannya dengan mulutnya, lalu menggigit dengan gigitan yang sangat kuat." (Riwayat Ahmad)




Sumber : Majalah Solusi - Isu no : 47

GAMBARAN KEJADIAN KIAMAT OLEH ALLAH S.W.T.




Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Nukilan : Siakap Keli Blog
http:www.siakapkeli.com

Sunday, September 16, 2012

FAMILY DAY A.M.A. 2012



PARA PESERTA YANG HADIR
TERPANCAR KEGEMBIRAAN DARI PARA PESERTA
BERGAMBAR DI PETTING ZOO

ANAK-ANAK JUGA BERGEMBIRA ....MANDI-MANDA


Monday, August 27, 2012

HARI KELUARGA NICU 2012 - POST-02










DUA SAHABAT



KEGEMBIRAAN APABILA MEMENANGI ACARA


Monday, August 13, 2012

HARI KELUARGA NICU - PPUKM 2012

ANTARA PESERTA YANG HADIR
Terasa bertuah apabila dapat bersama - sama memeriahkan Hari Keluarga NICU - PPUKM di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor. Dengan kerjasama yang erat antara ahli - ahlinya dan para penganjur adalah suatu pengalaman yang terbaik walaupun baru pertama kali berjumpa tetapi terasa seperti telah lama berkenalan. Walaupun penyertaan ahli - ahli  NICU tahun ini tidak seramai yang dijangka, tetapi ianya tetap meriah dan berjaya.

Bak kata pepatah " Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat " dengan adanya acara-acara seperti ini dapat mengeratkan tali persaudaraan antara ahli-ahli NICU, meningkatkan kualiti kerja berpasukan seperti kata pepatah " Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing " & " Bagai Aur Dengan Tebing " antara ahli-ahlinya.

Antara faktor atau penyebab yang dikenal pasti kurangnya penyertaan ahli-ahli NICU  ialah masa dan lokasi, dimana masa kerja dan jadual yang ketat dan lokasi majlis yang agak jauh mungkin menjadi penyebab kurangnya penyertaan ahli.

Diharap masa - masa yang mendatang penganjur akan membuat perancangan dengan lebih rapi dan terperinci, dan akan bertambah penyertaan dari ahli - ahli NICU yang lain.
Dan saya berharap semoga acara ini akan menjadi agenda tahunan NICU agar ianya "Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas".




PESERTA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM ACARA MEREBUT GULA-GULA
PESERTA YANG PALING AKTIF
BERGANDINGAN BAHU MENJAYAKAN SATU-SATU ACARA
KUDINE
KESERONOKAN BERSAMA-SAMA KELUARGA BESAR NICU

Wednesday, December 28, 2011

Penjagaan Kereta – Perkara-Perkara Yang Anda Harus Tahu

Karya ini bertujuan memberi sedikit bantuan atau tunjuk ajar kepada pemandu-pemandu “P” yang baru mencapai lesen memandu kereta mereka.
Adalah diharapkan nasihat-nasihat yang diketarakan dalam hasil ini dapat membantu pemandu-pemandu semasa mereka menghadapi masalah.

Harus diperingatkan kepada mereka sekiranya anda baru memperolehi kereta baru sendiri atau bercadang untuk mendapatkan kenderaan “second hand” anda, anda harusnya tahu sedikit-sebanyak tentang bagaimana anda boleh menjaga kereta itu.

Anda sebagai “pemandu” atau “pemilik” tidaklah boleh menyelah sebulat-bulat tanggungjawab kepada mekanik untuk menyelesaikan semua masalah anda.

Yang pertama disyorkan anda mengambil langkah bagi menjadi ahli / menyertai Persatuan Otomobil Malaysia (A.A.M. – Automobile Association Malaysia).

Menjadi ahli yuran setahunnya lebih kurang RM60 sahaja. A.A.M. akan memberi bantuan dan perkhidmatannya 24 jam di sekitar Lembah Kelang.

Disamping itu, sebagai seorong pemandu tidak kira jantina harus peka tentang kereta sendiri. Pendek kata, anda sebagai wanita tidak harusnya “jahil” tentang penjagaan kereta.

Ada beberapa bahagian atau komponen kereta yang harus diperkenalkan kepada anda. Yang pertama “plugs”. Kebanyakan kereta mempunyai 4 biji, kecuali Kancil 3 biji saja. Biasanya tidak banyak masalah berhubungan komponen ini.

Kereta baru atau “second hand”, kalau plug-plugnya ditukar 6 – 9 bulan sekali memadailah. Serahkan kepada mekanik untuk membuat keputusan bila hendak menukar komponen ini.
Kedua, adalah “air filter” (penapis udada kereta). Komponen ini menapis udara yang memasuki karburetor. Udara hari ini memang kotor.

Yang dicadangkan adalah menukarlah bahagian ini lebih kurang 6 bulan sekali. Ingat, penapis udarar boleh menjejaskan “timing” sesebuah enjin.

Ketiga, adalah “minyak hitam” dan sekaligus “oil filter” (penapis minyak). Berdasarkan berapa jauh kilometer anda berjalan, puratanya minyak hitam / pelincir dicadangkan ditukar 5000 km sekali.

Ada sesetengah orang tukar barangan ini mengikut jangkamasa waktu.
Terselah kepada anda yang mana satu mirip mengikuti. Untuk kereta baru atau “second hand” anda, yang paling senang, pilihlah minyak pelincir jenis “Multigrade” (10W – 50W).

Kalau ada apa-apa kemuskilan, rujuk kepada mekanik / foreman anda.
Ada suatu komponen yang juga harus diperingatkan kepada anda. Ini adalah “fuel filter” atau penapis petrol.  Terdapat kotoran dalam bahan petrol. Dari masa ke semasa, pastikan komponen ini ditukar. Langkah ini dapat memastikan kenderaan anda akan berjalan denagan lancar atau licin.

Komponen kelima yang ingin saya sentuhi ialah “radiator” atau tangki air. Suhu kereta anda dikawal oleh bahagian ini. Tabung plastik sebelah enjin disambung kepada radiator (tangki air).
Dari masa ke semasa intai paras air ditabung plastik. Kalau air kekurangan, isi tempat ini. Tidak perlu isi air di radiator. Leceh membuka penutup besi radiator.

Diingatkan pemilik kenderaan yang kurang berpengalaman jangan sekali-kali cuba membuka penutup radiator yang sedang panas. Ini kerana suhu / air yang panas boleh memercik keluar serta mencederakan badan / tangan / anggota anda.

Yang keenam harus saya ingatkan anda adalah “minyak brek”. Perhatikan minyak brek ditakungan plastik sampai ke paras atas. Jangan inzinkan paras jatuh ke paras bawah. Guna minyak brek DOT 3.
Elak guna jenis DOT 4 (untuk kenderaan cuaca sejuk seperti Eropah). Kiranya minyak brek berwarna merah-merahan, ia boleh dicampur dengan minyak brek yang hijau. Tidak ada masalah mencampuri kedua-dua warna minyak brek.

Komponen ketujuh pula ialah “tayar”. Ada 3 perkara – Tekanan, Imbangan and Penjajaran. Anda harus sedari tentang tayar.Oleh kerana ketiga diatas agak pelik bagi seorang yang baru saja dapat lesen, maka dicadangkan serahkan tugas ini kepada pakar tukar tayar.

Yang satu elok anda belajar buat sendiri iaitu tekanan. Paling senang, harus ingat tayar belakang tekanan 24 – 26 psi (pound per sq. inch) dan depan, kerana menampung enjin kereta, 26 -28 psi.
Lampu brek ketiga atau brek kedua belah sisi ada kala berbakar. Tukar mentolnya saja. Anda sendiripun boleh lakukan penukarannya. Kalau susah, hantarkan kepada mekanik anda.
Ingat, kalau mana-mana lampu brek tidak bernyala, anda boleh kena saman polis.

“Horn” adakalanya gagal berfungsi khasnya semasa cuaca hujan. Komponen ini yang diletak dibahagian bawah kenderaan terkena air dan mudah rosak. Horn rosak merumitkan pemandu kereta.
Untuk mengatasi masalah ini, hantarkan saja kepada mekanik.

Suatu lagi komponen penting dalam kereta kita ialah “bateri”. Bateri sekarang tidak perlu dijaga, tidak perlu tambah air seperti bateri jenis lama.
Kalau anda masih lagi gunakan bateri jenis lama yang perlu diisi air, pastikan paras air bateri sampai ke paras atas. Air yang digunakan untuk mengisi bateri biasanya air bateri yang dapat dibeli dikedai-kedai bekalan barangan auto.

Bateri terdiri daripada jenis 9 plet atau 13 plet. Yang 13 plet lebih besar, lebih berkuasa, lebih tahan lama daripada 9 plet. Jaga bateri dengan baik dan bateri anda dapat bertahan lebih kurang 15 bulan puratanya.

Yang akhir sekali, perkara atau komponen yang walaupun kecil saja, sentiasa dilupai ramai pemandu, tetapi ingat, anda boleh kena saman kalau berlaku kepada anda. Lampu belakang plet numbor anda.
Sentiasa perhatikan nombor plet dari masa ke semasa. Kalau ia tidak bernyala, tukarlah mentolnya. Ia berharga beberapa sen saja demi mengelakkan anda dikena saman.


Nukilan : Driving School Malaysia Blog