AL-QURAN 1

Sunday, June 29, 2014

Prinsip Memori


Minat.   

Untuk mengingati sesuatu fakta anda mestilah mempunyai minat untuk mengetahui tentangnya.  Anda mesti mempunyai sebab kenapa mahu mengingatinya.  Fikirkan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk meningkatkan minat anda ketika belajar atau ketika berada dalam kelas.  Sekiranya anda sedar yang anda tidak berminat pada satu-satu mata pelajaran atau pada seorang guru, lakukanlah usaha untuk memperbaiki diri anda demi masa depan anda.  Langkah-langkah seperti berikut boleh membantu:

·         Dapatkan rakan yang hebat dalam pelajaran tersebut.
·         Kenali guru anda dan cuba fikirkan kebaikan-kebaikannya daripada memikirkan keburukan-keburukannya
·         Lakukan lebih banyak latihan untuk menguasai mata pelajaran tersebut.  Mulakan sedikit dahulu, apabila anda menguasai, walaupun sedikit, anda akan mula lihat bahawa anda punya potensi untuk pergi lebih jauh.  Minat mula berputik
·         Cari jalan untuk mempraktikkan apa yang anda pelajari.  Pelajaran bahasa memerlukan anda sentiasa bercakap menggunakan bahasa tersebut



Berhasrat Untuk Mengingatinya.   

Hasrat yang sungguh-sungguh untuk mengingati sesuatu fakta.  Berfikir secara positif dan katakan pada diri yang anda pasti boleh mengingatinya.  Amalkan sikap yang anda pasti mempelajari dan menguasainya sekarang, bukan esok bukan akan datang.   

Langkah-langkah berikut turut membantu: 

·        Anggapkan bahawa guru akan memberikan kuiz dipenghujung sessi, ganjarannya ialah RM10 untuk setiap soalan yang dijawab dengan betul.
·        Rekodkan pada sehelai kertas setiap kali anda meyedari yang fikiran anda melayang.  Serta merta kembali berikan tumpuan.  Dengan cara ini anda melazimkan minda anda untuk berusaha memberikan tumpuan.
·        Apabila membaca cuba berkata-kata kembali dengan penulisnya (walaupun penulis sebenarnya tidak ada dihadapan anda).
·        Ketika guru mengajar bentuk soalan sebanyak mungkin dan soal ketika berpeluang.

Pengetahuan Asas.  

Pemahaman anda tentang sesuatu subjek baru bergantung kepada sejauh mana pengetahuan anda tentang subjek tersebut sebelumnya, dan juga subjek-subjek yang berkaitan dengannya.  Lagi mantap pengetahuan asas anda, lagi mudah anda menguasai subjek yang baru dipelajari.
Tip: Lagi banyak pengetahuan asas anda tentang sesuatu pelajaran lagi mudah untuk anda lebih mengetahui tentangnya. 

Langkah-langkah yang boleh diambil:

·         Buat imbasan sebelum mempelajari pelajaran / tajuk baru (Lihat bahagian membaca kritikal).
·         Baca bahan sebelum bermulanya kelas. Baca walaupun anda tidak begitu memahaminya.  Ini akan menjadi pengetahuan asas untuk anda.
·         Mulakan dari yang mudah kepada yang susah.  Jangan abaikan perkara asas walaupun nampak mudah.
·         Lakukan usaha pengayaan bahan, baca buku-buku tambahan, cari bahan dalam internet dan sebagainya.

Pemilihan.   

Anda mesti mampu menilai bahagian mana yang lebih penting dan pilih bahagian tersebut untuk didalami.  Minda tidak mampu untuk menguasai sepenuhnya subjek baru dalam sesuatu masa.  Minda juga mempunyai had untuk mencerap perkara baru.  Oleh itu pilihlah perkara yang paling penting dulu untuk dipelajari, bermula dari sini anda boleh mengembangkan pengetahuan anda dengan menjadikan perkara yang telah dipelajari ini sebagai pengetahuan asas anda.

Pengecilan Saiz Maklumat.  

 Anda boleh belajar dan mengingati fakta dengan lebih baik sekiranya anda mampu mengagihkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan tertentu yang lebih kecil. (Lihat bahagian Teknik Ceraian).

Recitation.   

Menyebut fakta atau ide dengan suara yang boleh didengari oleh telinga anda mempercepatkan maklumat dipindah dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang.  Penyebutan berhasil kerana beberapa sebab:
Anda tahu anda perlu menyebutnya dengan menggunakan ayat sendiri, maka anda akan berikan lebih tumpuan.  Anda juga meningkatkan hasrat untuk mengingatinya.
Anda mendapat maklumbalas segera sama ada anda mampu mengeluarkan semula maklumat tersebut.  Sekiranya anda telah menguasai sesuatu subjek maka anda juga pasti boleh menerang dan mengajarkannya semula.

Apabila anda mendengar setiap patah perkataan, anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat.

Tip :
·         Gunakan kad kecil.
·         Setiap kali habis baca satu perenggan, berhenti sejenak, jelaskan semula kepada diri anda apa yang telah anda pelajari dengan menyebutnya dalam perkataan anda sendiri.
·         Dapatkan rakan yang boleh sama-sama menyoal dan menjawab.
             Leceh?  

Memang melecehkan tetapi jauh lebih baik daripada anda membaca tetapi tidak faham dan tidak ingat.

Gambaran Minda.  

Ini adalah prinsip memori yang sangat penting.  Kaedah ini memerlukan anda menggambarkan setiap fakta yang anda mahu ingat.  Dengan menggambarcara anda menggunakan otak kanan anda seiring dengan membaca yang menggunakan otak kiri.  Begitu juga ketika guru mengajar, tukarkan setiap penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda.  Sebenarnya minda anda telahpun melakukan proses ini tanpa anda sedari tetapi untuk meningkatkan ingata anda perlu melakukan usaha sendiri untuk menggambarkannya.  Kita akan mempelajari 80% dari apa yang kita lihat  daripada apa yang kita dengar.  Walau bagaimana rumit sekali pun cuba dapatkan ide untuk menggambarkan setiap apa yang dipelajari.   

Tanya diri anda soalan berikut:
·         Bolehkah fakta ditukarkan kepada carta atau graf?
·         Bolehkan anda melakar atau melukis?
·         Bolehkan anda buatkan cerita dalam minda?
·         Bolehkan dihasilkan peta minda?

Association.  

Ingatan akan lebih kuat dan lebih lama sekiranya sesuatu yang mahu diingati itu unik, ganjil, atau boleh dikaitkan dengan sesuatu yang anda ketahui sebelum ini. 

Consolidation.   

Minda anda memerlukan masa untuk maklumat baru tersimpan.  Apabila anda membuat nota dan mengimbas semula serta merta setelah tamatnya kelas bermakna anda telah membolehkan maklumat tersimpan lebih lama.  Memori jangka pendek hanya mampu menyimpan 5 hingga 7 maklumat sahaja dalam sesuatu masa.   Sekiranya maklumat ini tidak dipindahkan ke memori jangka panjang maka potensi untuk anda lupa adalah tinggi.   
Anda biasanya didatangkan dengan begitu banyak maklumat ketika belajar.   
Oleh itu anda perlu menggunakan kaedah dibawah bagi mengekalkan maklumat-maklumat tersebut.


·         Membuat nota.

·         Bertanya soalan dalam kelas.

·         Mengimbas semula nota.

·         Berhenti disetiap perenggan dan tuliskan soalan atau soal diri anda apa yang telah anda pelajari.

·         Membuat gambaran minda.

·         Menyebut kembali apa yang dibaca dalam ayat sendiri.

·         Membuat kad kecil.

·         Menguji diri dengan kuiz atau soalan.



Mengagih Latihan.   

Beberapa siri sessi belajar yang pendek adalah lebih baik dari satu sessi belajar yang panjang.  Pendekatan ini perlu digunakan untuk mata pelajaran yang anda sukar fahami atau sukar dikuasai.  Sebab minat anda tentang mata pelajaran ini kurang atau tiada langsung sedangkan mata pelajaran tersebut penting.
Mengagih masa latihan memberikan masa untuk maklumat dicerap dan disimpan.  Ia juga membolehkan anda membina pengetahuan asas tentang pelajaran tersebut.



 Artikel ini disalin dari Catatan:
 Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D


Semoga Bermanafaat

Wallahu'alam


Thursday, May 8, 2014

Beza Lelaki & Wanita

Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala  dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa
sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa 
anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya  terutama
anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu
taat  kepada suaminya . Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya  ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun  begitu isteri boleh membantu
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. 
Banyak lagi  lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak
dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan
semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. 
Begitulah kira-kiranya.

Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi
tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada
isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang
tak  ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. 
Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? 
Itulah bandingannya  dengan seorang wanita. 
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib  taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. 
Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta
itu  menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara
isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan
melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana
melahirkan  adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap  
4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh
4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu
Syurga  yg disukainya cukup dengan 
4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di
bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat

akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

 " Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang

telah  dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,

anggotanya  menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri

memberikan alasan untuk membela diri " 

 Semoga bermanafaat
Wallahu'alam