Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah
menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam a.s
dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT
telah memerintahkan malaikat Jibril a.s supaya mengambil api dari neraka untuk
dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam a.s. Maka Jibril pun
diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka
iaitu Zabaniah.
Jibril : Wahai zabaniah, aku diperintah untuk
mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s.
Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : Sebesar kurma. .
Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu
engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat
kepanasannya.
Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh
dari buah kurma…
Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api
neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik
hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti…
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril
pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia.
Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril
mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk di bawa ke dunia. Maka
Jibril pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana
kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan
dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70
buah sungai.
Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke
dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yang tinggi.Sejurus setelah diletakkan
api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat
malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering
kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.
PENGAJARAN
Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri?. SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Nukilan : Siakap Keli Blog
http:www.siakapkeli.com
No comments:
Post a Comment