Abu
Hurairah r.a. berkata: Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga itu?
Jawabnya: Dari Air. Kami bertanya: Beritakan tentang bangunan
syurga! Jawabnya yang bermaksud:
Satu
bata dari emas dan satu bata dari perak dan lantainya kasturi yang semerbak
harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan vakut, siapa yang masuk
dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati tidak lapuk pakaiannya, tidak
berubah mukanya.
Kemudian
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tiga
macam doa yang tidak akan tertolak: imam (pemimpin hakim) yang adil. Dan
orang puasa ketika berbuka. Dan orang yang teraniaya, maka doanya
terangkat di atas awan, dilihat oleh Tuhan lalu berfirman. Demi kemuliaan dan
kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya."
Abu
Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya
di dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat
berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya,
bacalah: Wa dhilin mamdud (dan naungan yang memanjang terus). Dan di
dalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh
telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia, bacalah
kamu: Maka tidak seorangpun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka
dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka
lakukan. Dan tempat pecut di dalam syurga lebih baik dari dunia
seisinya. Bacalah ayat yang bermaksud: Maka siapa dijauhkan dari api dan
dimasukkan dalam syurga bererti telah untung.
Ibn
Abbas r.a. berkata: Sesungguhnya di dalam syurga ada bidadari yang
dijadikan dari empat macam: misik, anbar, kafur dan za'faran, sedang tanahnya
dicampur dengan air hidup (hayawan) dan setelah dijadikan maka semua bidadari
asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjadi tawar airnya,
tercantum di lehernya: Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku maka
hendaklah taat kepada Tuhanku.
Mujahid
berkata: Bumi syuga dari perak dan tanahnya dari misik dan urat-urat pohonnya
dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya
di bawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar dengan duduk
juga tidak sukar dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat:
Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat
dicapai oleh orang yang berdiri mahupun yang duduk dan berbaring.
Abu
Hurairah r.a. berkata: Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad
s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya,
sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua.
Abul-Laits
meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
Apabila
ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada
seruan. Hai ahli syurga Allah akan menepati janjiNya kepada kamu.
Mereka berkata: Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan
memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami
dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka
dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya belum pernah mereka
diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat kepada zat Allah.
Anas
bin Malik r.a. berkata: Jibril datang kepada Nabi s.a.w. membawa cermin putih
yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi s.a.w. bertanya kepada
Jibril: Apakah cermin yang putih ini? Jawabnya: Ini hari Jumaat dan
titik hitam ini saat mustajab yang ada di hari Jumaat, telah dikurniakan untukmu
dan umatmu, sehingga umat-umat yang sebelummu berada di belakangmu, iaitu
Yahudi dan nashara (Kristian) dan ada saat di hari Jumaat jika seorang mukmin
bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh
Allah atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya pasti akan dihindarkannya
dan hari Jumaat di kalangan kami (malaikat) dinamakan yaumul mazid (hari
tambahan).
Nabi s.a.w. bertanya: Apakah yaumul mazid itu? Jawab Jibril:
Tuhan telah membuat lembah di syurga jannatul firdaus, di sana ada anak bukit
dari misik kasturi dan pada tiap hari Jumaat di sana disediakan mimbar-mimbar
dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para nabi dan ada mimbar-mimbar dari emas
bertaburan permata yaqut dan zabarjada di duduki para siddikin suhada' dan
salihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang di bilik syurga) berada di
belakang mereka di atas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk
memuja muji kepada Allah, minta (Kami mohon keredaanMu). Jawab Allah: Aku
telah reda kepadamu, keredaan sehingga kamu Aku tempatkan di rumahKu dan Aku
muliakan kamu, kemudian Allah menampakkan kepada mereka, sehingga mereka dapat
melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari Jumaat,
kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan kehormatan mereka.
Dalam
lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: Berikan makan kepada para waliKu,
maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain
dari semula, bahkan lebih lazat, sehingga bila selesai makan, diperintahkan
oleh Allah: Berikan minum kepada hamba-hambaKu, maka diberi minuman yang dapat
dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan
berfirman yang bermaksud: Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku
janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta nescaya Aku berikan
permintaanmu. Jawab mereka. Kami minta redaMu, Kami minta redaMu, dua
atau tiga kali. Dijawab oleh Allah: Aku reda kepadamu, bahkan masih ada
tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan kehormatan
yang terbesar dari semua yang telah kamu terima, maka dibukakan
hijab sehingga mereka dapat melihat zat Allah sekehendak Allah, maka segeralah
mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah, sehingga Allah menyuruh
mereka: Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat, maka di situ
mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak
ada nikmat lebih besar daripada melihat zat Allah yang mulia. Kemudian
mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah arsy dari bukit kasturi yang
putih dan ditaburkan di atas kepala mereka di atas ubun-ubun kuda mereka maka
apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih
dari semula ketika mereka meninggalkan mereka, sehingga isteri-isteri mereka
berkata: Kamu kini lebih elok dari yang biasa.
Abul-Laits
berkata: Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk
melihatNya. Dan erti nasihat kepadaNya, yakni melihat kebesaran yang
belum pernah terlihat sebelumnya, tetapi kebanyakan ahli ilmu
mengertikan: Melihat zat Allah tanpa perumpamaan.
Ikramah
berkata: Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang umur 33 tahun lelaki dan
perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta setinggi Nabi Adam a.s.
muda-muda yang masih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakai tujuh
puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam
warna, maka dapat melihat mukanya di muka isterinya demikian pula di dadanya,
dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya di wajah suaminya,
dada dan betisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus, lebih-lebih yang
lebih kotor, maka lebih jauh.
Dalam
riwayat lain: Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya
dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.
Zaid
bin Arqam r.a. berkata: Seorang ahli kitab datang kepada Nabi s.a.w. dan
bertanya: Ya Abal-Qasim apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan
munum? Jawab Nabi s.a.w.: Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada di
tangannya, seorang ahli syurga diberi kekuatan sertus orang dalam makan, minum
dan jima' (bersetubuh). Ia berkata: Sedang orang yang makan, minum ia
lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kotoran? Jawab Nabi
s.a.w.: Hajat seseorang itu berupa peluh (keringat) yang berbau harum bagaikan
kasturi.
Mu'tah
bin Sumai mengenai firman Allah yang bermaksud: Thuba ialah pohon di syurga
yang dahannya dapat menaungi tiap rumah di syurga, di dalamnya berbagai macam
buah dan dihinggapi burung-burung besar, sehingga bila seorang ingin burung
dapat memanggilnya dan segera jatuh di ata meja makannya dan dapat makan di
sayap yang sebelah berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian
bila telah selesai ia terbang kembali.
Dari
Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda
yang bermaksud:
"Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas, dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta."
"Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas, dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta."
Ibn
Abbas r.a. berkata: Raulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, lurus, tidak ada rambut di kepala,
alis dan kelopak mata, sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan tidak ada
rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s., enam puluh hasta, usianya
bagaikan Nabi Isa 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada
mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: Hai waliyullah, saya telah
minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya
sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang
itu sekuatnya.
Dan
tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna
dengan yang lain, sedang di jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang
pertama: Salam alaikum bima shobartum dan yang kedua Ud khuluha bisalamin
aminin yang ketiga: Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum
ta'malun. Dan yang keempat: Rufi'at ankumul ahzanu wal humum.
Kelima: Albasakum alhuli wal hulal. Keenam: Zawwa jakum ul hurul iin.
Ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha
khalidun. Kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassdidiqin. Kesembilan:
Shirtum syababa laa tahromun. Kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa
yu'dzil jiran.
Ertinya:-
Ertinya:-
1. Selamat sejahteralah kamu kerana kesabaranmu.
2.
Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman.
3.
Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.
4.
Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita.
5.
Kami memberimu pakaian dan perhiasan.
6.
Kami kahwinkan kamu dengan bidadari.
7.
Untukmu dalam syurga segala keinginan dn menyenangkan padangan matamu.
8.
Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan siddiqin.
9.
Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya.
10.
Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.
Abul-Laits
berkata: Sesiapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati
lima macam:-
1.Menahan
dari maksiat, kerana firman Allah yang bermaksud: Dan menahan nafsu dari
maksiat maka syurga tempatnya.
2.Rela
dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: Harga syurga itu
ialah tidak rakus pada dunia.
3.Rajin
pada tiap taat dan semua amal kebaikan, sebab kemungkinan amal itulah yang
menyebabkan pengampunan dan masuk syurga, firman Allah yang bermaksud: Itu
syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.
4.Cinta
pada orang-orang yang salih dan bergaul pada mereka sebab mereka diharapkan
syafa'atnya sebagaimana dalam hadis yang bermaksud: Perbanyaklah kawan, kerana
tiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat.
5.Memperbanyak
doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah. Sebagaimana ahli nikmat
berkata: Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu
kebodohan. Dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui
besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak
dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat di dunia dan ada
kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan
di dunia dan cukup dengan kesederhanaan yang ada di dunia. Ada seorang
zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang; Kamu cukup dengan itu
tanpa roti? Jawabnya: Soya jadikan makan itu untuk syurga sedang kau jadikan
untuk tandas, kau makan segala yang lazat dan akhirnya ke tandas, sedang makan
sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai ke syurga.
Ibrahim
bin Adham ketika akan masuk ke tempat pemandian, dilarang oleh penjaganya:
Jangan
masuk kecuali jika membayar wangnya, maka ia menangis dan berdoa: Ya Allah
seorang
untuk masuk ke rumah syaitan tidak diizinkan tanpa upah, maka bagaimana
saya
akan masuk ke tempat para nabi dan siddiqin tanpa upah (Cuma-Cuma)?
Tersebut
dalam wahyu yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu: Hai Anak Adam
kau
membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mahu membeli syurga dengan
harga
murah, ertinya: Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu banyak dan
ringan,
tetapi
untuk sedekah kebaikan sedikit dan
berat.
Abu
Hazim berkata: Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan
meninggalkan kesukaannya di dunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk
mendapat syurga dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan
menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, nescaya itu ringan dan sedikit di
samping keselamatan dari neraka. Padahal kamu dapat masuk syurga hanya
dengan meninggalkan satu persen dari kesukaanmu dan dapat selamat dari neraka
dengan sabar menderita satu persen dari kesukaran.
Yahya
bainMu'adz Arrazi berkata: Meninggalkan dunia berat, tetapi meninggalkan
syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia.
Anas
bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Siapa
yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: Ya Allah
masukkan ia ke syurga dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali,
maka neraka berdoa: Ya Allah hindarkan ia dari neraka.
Semoga
Allah menghindarkan kami dari neraka dan memasukkan kami ke dalam syurga.
Dan andaikan di dalam syurga itu tidak ada apa-apa kecuali bertemu dengan
kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik, maka bagaimana padahal di syurga
itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua ada.
Anas
bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Di dalam syurga ada
pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan
keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir
dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur
sehingga sampai di syurga.
Abul-Laits
meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Manusia
semua akan berdiri di dekat neraka, kemudian mereka menyeberang di atas sirat
(jambatan) di atas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang
menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang dan yang bagaikan
kuda yang cepat larinya dan seperti lari orang dan ada yang bagaikan terbang
burung dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan di atas
kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin,
halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang di kanan kirinya Malaikat
yang membawa bantolan untuk menyeret orang-orang, maka ada yang selamat dan ada
yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur ke dalam
api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: Robbi sallim sallim (Ya
Tuhan selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang
terakhir masuk ke syurga maka ketika ia selamat dari sirat terbuka baginya di
syurga, sehingga ia berdoa: Ya Tuhan tempatkan saya di sini. Jawab
Tuhan: Kemungkinan jika aku beri padamu tempat itu lalu minta yang
lainnya? Jawabnya: Tidak, demi kemuliaanMu. Maka ditempatkan di
situ, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga ia
merasa kerendahan tempat yang diberikan padanya, lalu ia berkata: Ya Tuhan
tempatkanlah aku di situ, dijawab oleh Tuhan: Kemungkinan jika aku
berikan kepadamu, kamu minta yang lainnya? Jawabnya: Tidak demi
kemuliaanMu, kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga
ia merasa bahawa tempatnya itu masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta
beberapa lama, sehingga ditanya: Apakah kau tidak minta? Jawabnya:
Soya sudah minta sehingga merasa malu, maka firman Allah: Untukmu sebesar
dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat di syurga.
Abdullah
bin Mas'ud berkata: Nabi s.a.w. jika menceritakan ini maka tertawa sehingga
terlihat gigi gerahamnya.
Dalam
hadis: Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi
dari bidadari kerana amalan perbuatannya ketika di dunia.
Firman
Allah yang bermaksud:
Kami
cipta mereka baru dan kami jadikan mereka tetap gadis, yang sangat kasih dan
cinta, juga tetap sebaya umurnya untuk orang-orang ahli yamin.
SUARA : MASJID AL-AZIM
WALLAHU'ALAM
WALLAHU'ALAM
No comments:
Post a Comment