Ikhlas
ialah meniatkan apa yang dibuat atau yang ditinggalkan hanya semata mata kerana
Allah Taala.Ertinya apa sahaja perintah Allah Taala samaada yang fardhu ataupun
sunat mestilah diniatkan semata mata kerana Allah Taala.Dan apa sahaja yang
ditinggalkan sama ada haram ataupun makruh juga mestilah diniatkan semata mata
kerana Allah Taala.
"Sekiranya amalan itu tidak
diniatkan kerana Allah Taala ,amalan itu dikira tidak ikhlas."
Sesuatu
amalan yang tidak ikhlas adalah tertolak,tidak diberikan pahala dan sia sia.
Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Adakalanya para Malaikat membawa amal seorang hamba dan mereka anggap banyak dan mereka menyanjungnya sehingga sampai kehadrat Allah, maka Allah berfirman kepada mereka: Kamu hanya mencatat amal hambaku, sedang Aku mengawasi isi dan niat hatinya, hambaku tidak ikhlas kepadaKu dan amalnya, maka catatlah dalam sijjin, dan ada kalanya membawa naik amal hamba lalu mereka menganggap sedikit dan kecil sehingga sampai kehadapan Allah, maka Allah berfirman kepada para Malaikat: Kamu mencatat amal perbuatan hambaKu dan Aku mengawasi isi hati dan niatnya, orang ini benar-benar ikhlas dalam amal perbuatannya kepadaKu, catatlah amalnya itu dalam illiyin."
Dengan ini nyatalah bahawa amal yang sedikit dengan ikhlas lebih baik daripada yang banyak jika tidak ikhlas, sebab amal yang diterima oleh Allah s.w.t. dilipat gandakan pahalanya. Adapun yang tidak ikhlas maka tidak ada pahalanya, bahkan tempatnya dalam neraka jahannam.
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata, dari Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Allah s.w.t. telah berfirman: ' Akulah yang terkaya dari semua sekutu, Aku tidak berhajat kepada amal yang dipersekutukan yang lain-lain, maka siapa beramal lalu mempersekutukan kepada lain-lainKu, maka Aku lepas bebas dari amal itu."
Dari ayat keterangan ini nyatalah bahawa yang beramal kerana Allah s.w.t. maka akan diterima sedang yang beramal tidak kerana Allah s.w.t. tidak akan diterima dan hanya lelah dan susah semata-mata, sebagaimana dinyatakan dalam hadis: Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Maksudnya: Adakalanya orang puasa dan tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan haus, dan ada kalanya orang bangun malam dan tidak mendapat apa-apa dari bangunnya kecuali tidak tidur semata-mata, yakni tidak mendapat pahala dari amalnya.

Nabi
Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Yang sangat saya kuatirkan
atas kamu ialah syirik yang erkecil." Sahabat bertanya: "Ya
Rasullullah, apakah syirik yang kecil itu?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:
"Riyaa. Pada hari pembalasan kelak Allah s.w.t. berkata kepada mereka :
"Pergilah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka
didunia, lihatlah disana kalau-kalau kamu mendapatkan kebaikan dari
mereka."
Riyaa
ialah beramal untuk dilihat orang, dipuji dilihat orang, Abul Laits berkata:
"Dikatakan pada mereka sedemikian itu kerana amal perbuatan mereka ketika
didunia secara tipuan, maka dibalas demikian."
Allah
s.w.t. membalas cara tipuan mereka itu dan membatalkan semua amal perbuatan
mereka itu, kerana dahulu tidak beramal untukKu maka pembalasan amalmu itu
tidak ada padaKu, sebab tiap amal yang tidak ikhlas kepada Allah s.w.t., maka
tidak sampai kepadaNya, kerana itu tiap amal yang dikerjakan tidak kerana Allah
s.w.t. dan kerana lainnya, maka Allah s.w.t. lepas tangan daripadanya.
Seorang ahli hikmah berkata: "Contoh orang yang beramal dengan riyaa' itu bagaikan orang yang keluar kepasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan orang melihat poketnya semua berasa kagum dan berkata: "Alangkah penuhnya poket wang orang itu.", tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak berguna sebab tidak dapat dibeli apa-apa tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang sahaja. Demikianlah pula orang yang beramal dengan riyaa' tidak ada pahalanya diakirat kelak."

Sebagaimana firman Allah s.w.t.: yang bermaksud: "Dan Kami periksa semua amal perbuatan mereka, lalu Kami jadikan debu yang berhamburan."
Waki' meriwayatkan dari Sufyan Atstsauri dari orang yang mendengar Mujahid berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: Ya Rasullullah, saya bersedekah mengharapkan keridhaan Allah s.w.t. dan ingin juga disebut dengan baik." Maka turunlah ayat 111
surah al-Kahfi: . yang bermaksud: "Maka siapa yang benar-benar mengharap akan bertemu dengan Tuhannya, maka hendaklah berbuat amal yang baik, dan jangan
mempersekutukan
Allah dalam semua ibadatnya dengan sesiapa."
Abu
Hurairah berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: "Akan
keluar pada akhir zaman suatu kaum
(golongan) yang mencari dunia dengan menjual agama, memakai pakaian bulu domba, lidah mereka lebih manis dari madu sedang hati mereka bagaikan serigala. Allah akan berfirman kepada mereka: Apakah terhadapKu mereka bermain-main dan melawan, dengan kebesaran-Ku, Aku bersumpah akan menurunkan kepada mereka futnah ujian bala sehingga seorang yang berakal tenang akan bingung."

Waki'
meriwayatkan dari Sufyan dari Habib dari Abi Salih berkata: Seorang datang
kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: "Ya, Rasullullah, saya berbuat
suatu amal yang saya sembunyikan kemudian diketahui orang, maka saya merasa
senang, apakah masih mendapat pahala? Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya.
bagimu pahala rahasia dan terang."
Abul-Laits
berkata: "Diketahui orang sehingga ditiru, maka ia mendapat pahala kerana
beramal dan mendapat pahala kerana ditiru orang." Sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Siapa yang memberi contoh kebaikan,
maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga
hari qiamat, dan siapa yang memberi contoh kejahatan maka ia mendapat dosa dan
dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari qiamat."
Abu-Laits
berkata: Saya telah diceritakan oleh beberapa ulama dengan sanad mereka yang
langsung dari Uqbah bin Muslim dari Samir Al-ash-bahi berkata: "Bahawa ia
ketika masuk kekota Madinah melihat seorang yang dikerumuni oleh orang ramai,
lalu saya bertanya: "Siapakah orang itu?" Jawab orang-orang:
"Itu Abu Hurairah r.a.". Maka saya mendekati kepadanyadan ketika
tiada lagi orang ramai disitu, saya pun bertanya kepadanya: "Saya tuntut
engkau demi Allah, ceritakan kepadaku satu hadis yang telah kau dengar dan kau
ingat langsung daripada Rasullullah s.a.w."
Abu
Hurairah r.a. berkata: "Duduklah, akan saya ceritakan kepadamu hadis yang
saya sendiri mendengar dari Rasullullah s.a.w. yang waktu itu tiada orang lain
bersama kami." Kemudian Abu Hurairah r.a. pun menarik nafas yang berat
lalu pingsan, kemudian setelah sedar dari pingsan itu dia pun mengusapkan
mukanya sambil berkata: "Akan aku ceritakan hadis Rasullullah s.a.w.
.", kemudian dia menarik safas yang berat lagi dan pingsan semula. Agak
lama kemudian dia sedar dan mengusapkan mukanya lalu berkata : Rasullullah
s.a.w. telah bersabda: "Apabila hari kiamat kelak maka Allah s.w.t. akan
menghukum diantara semua makhluk dan semua ummat bertekuk lutut, dan pertama
yang dipanggil ialah orang yang mengerti al-Quran, dan orang yang mati
fisabilillah, dan orang kaya. Maka Allah s.w.t. menanyakan kepada orang yang
pandai al-Quran: Tidakkah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada
utusanKu? Jawab orang itu: Benar, ya Tuhanku. lalu kau berbuat
apa terhadap apa yang telah engkau ketahui itu? Jawabnya:
apa terhadap apa yang telah engkau ketahui itu? Jawabnya:
Saya
telah mempelajarinya diwaktu malam dan mengerjakannya diwaktu siang. Firman
Allah s.w.t. : Dusta kau. Lalu malaikat juga berkata: Dusta kau, sebaliknya kau
hanya ingin disebut qari, ahli dalam al-Quran, dan sudah disebut yang demikian
itu. Lalu dipanggil orang kaya dan ditanya: Engkau berbuat apa terhadap harta
yang Aku berikan kepada kamu? Jawabnya: Saya telah menggunakan untuk membantu
kaum keluarga dan bersedekah. Dijawab Allah s.w.t. :Dusta kau.
Para malaikat pun berkata: Dusta kau, kau berbuat begitu hanya kerana ingin
disebut sebagai seorang dermawan, dan sudah terkenal sedemikian. Lalu dihadapkan
orang yang mati berhijad fisabilillah lalu ditanya: Kenapa kau terbunuh?
Jawabnya: Saya telah berperang untuk menegakkan agamaMu sehingga terbunuh.
Allah s.w.t. berfirman: Dusta engkau. Dan malaikat juga berkata: Dusta engkau,
kau hanya ingin disebut sebagai seorang pahlawan yang gagah berani dan sudah
disebut sedemikian.
Kemudian
Nabi Muhammad s.a.w. memukul lututku (pahaku) sambil bersabda yang bermaksud:
"Hai Abu Hurairah, ketiga orang itulah yang pertama-tama yang dibakar
dalam api neraka pada hari kiamat." Kemudian berita itu sampai kepada
Mu'awiyah maka ia menangis dan berkata: "Benar Allah s.w.t. dan Rasulullah
s.a.w.".
Kemudian
ia membaca ayat 15-16 surah Hud yang berbunyi: Yang bermaksud: Siapa yang
niat dengan amalnya hanya semata-mata keduniaan dan keindahannya maka Kami akan
memberi kepada mereka semua amalnya dan mereka didunia tidak akan dikurangi
(dirugikan).(15). Mereka itulah yang tidak mendapat diakirat kecuali api
neraka, dan gugur semua amal mereka itu, bahkan palsu semua perbuatan mereka
itu.(16).
Ady
bin Hatim Aththa'i berkata Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Pada
hari kiamat beberapa orang yang diperintahkan untuk membawa kesyurga dan
setelah melihat segala keindahannya serta merasakan bau harumnya maka
diperintahkan untuk dijauhkan daripadanya kerana mereka tidak ada bagian
didalamnya, maka kembali mereka dengan penjelasan yang tidak ada tara
bandingnya, sehingga mereka berkata: Ya Tuhan, andaikan Kau masukkan kami
kedalam neraka sebelum Kau perlihatkan kami pahala yang Kau sediakan bagi para
waliMu. Jawab Allah: Sengaja Aku berbuat itu kepada kamu, kamu dahulu bila
bersendirian berbuat dosa-dosa besar, dan bila dimuka orang-orang berlagak alim
sopan dan taat, kamu hanya riya', memperlihatkan kebaikan kepada manusia, dan
tidak takut kepadaKu, kamu mengagungkan orang dan tidak mengagungkan Aku, maka
kini Aku merasakan kepada kamu kepedihan
siksaKu, disamping Aku haramkan atas
kamu kebesaran pahalaKu.
Kesimpulan
Dalam satu hadis Qursi,Allah Taala ada berfirman "Ikhlas adalah satu rahsia rahsiaKu.Aku titiskan ia dalam hati hamba hambaKu yang Aku kehendaki."
Kerana itu rahsia Allah,tentulah kita tidak mungkin dapat tahu siapakah yang ikhlas atau tidak.Malah diri sendiripun kadang kadang susah untuk dipastikan apakah ikhlas atau sebaliknya. Walaupun ia rahsia ,namun islam telah membuat garis panduan untuk kita mengukur hati dan membentuknya supaya benar benar ikhlas.

Untuk
mendapatkan hati yang ikhlas bukanlah sesuatu yang mudah.Tanpa usaha yang
sungguh sunguh serta istiqamah kita akan tewas ditangan syaitan yang sentiasa
berusaha untuk menjatuhkan kita.Ingatlah ketika Allah Taala melaknatinya , syaitan
merayu untuk menyesatkan semua anak cucu Nabi Adam a.s lalu Allah membenarkan
dengan bermaksud:
"Kecuali hamba hambaKu yang ikhlas"
Oleh itu syaitan akan menyesatkan semua manusia supaya derhaka kepada Allah Taala.Semua orang akan mengikutnya kecuali mereka yang memiliki hati yang ikhlas .Demikianlah ketentuan Allah Taala .Satu ketentuan yang pasti dan kita akan menghadapinya suatu hari nanti.Hari dimana manusia tidak boleh berdolak dalih lagi.Dihari itu orang yang tidak ikhlas akan menyesal kerana amalanya tertolak sesungguhnya Allah lebih mengetahui darinya melalui gerak hatinya sendiri.
Dari itu kita semua perlu berhati hati.

Mujahadahlah
melawan godaan hawa nafsu dan syaitan serta betulkan niat ketika melakukan
sesuatu amalan . Pohon pimpinan Allah Taala selalu agar diberikan hati yang ikhlas.
Semoga Bermanafaat
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment