Menjadi pendengar yang baik adalah segala-galanya bagi memulakan komunikasi yang berkesan. Cuba perhatikan kehidupan seharian anda. Cuba perhatikan mereka disekeliling anda.
Anda akan dapati jumlah mereka yang benar-benar menjadi pendengar yang baik adalah terlalu sedikit. Kajian menunjukkan mereka yang berjaya dalam hidup hampir semuanya merupakan pendengar yang baik.
Kerana tidak menjadi pendengar yang baik, maka anak-anak anda bermasalah. Faktor ini juga penyebab keretakan dan pergaduhan rumah tangga. Anda juga mungkin tidak begitu disenangi oleh mereka disekeliling anda hanya kerana faktor yang sama.
Terdapat dua sebab utama kenapa anda mesti mengetahui rahsia untuk menjadi pendengar yang baik. Pertamanya anda mempelajari apa yang anda tidak ketahui hanya setelah anda sanggup mendengar. Kedua, manusia hanya mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik.
"I don't sit on top of a mountain and get these visions
of what we ought
to do, I have to find out from other people. I have to do a lot of listening".
- Richard C. Buetow -
Director of Quality, Motorola Inc.
to do, I have to find out from other people. I have to do a lot of listening".
- Richard C. Buetow -
Director of Quality, Motorola Inc.
Mereka yang telah berjaya seperti Buetow juga mengambil langkah untuk menjadi pendengar yang baik bagi membentuk matlamat syarikatnya. Dia tahu bila dia perlu memperkatakan sesuatu, dan bila pula masanya untuk diam dan menjadi pendengar yang baik.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk anda menjadi pendengar yang baik:
1.
Dengar
dengan teliti apa yang sedang diperkatakan.
2.
Berikan
perhatian sepenuhnya.
3.
Berikan
'eye-contact'. Lihat tepat kedalam anak matanya.
4.
Anggukkan
kepala sebagai tanda gerakbalas anda.
5.
Ikuti
perbualannya dengan berkata, "ya.... ya.. aha".
6.
Cuba selami perasaan orang yang sedang
bercakap dan hayati ceritanya.
7.
Ubah mimik
muka anda seiring dengan perkara yang dipertuturkan. Misalnya, jangan
pula sesuatu perkara yang sepatutnya anda terkejut tetapi anda buat tidak tahu
pula.
8.
Elakkan
dari mengkritik.
9.
Jangan
menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
10.
Susuli
dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya dengan penuh
minat.
11.
Ulangi
apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang
anda fahamkan itu betul.
Anda perlu mempraktikkan kaedah yang diberi di atas setiap hari sehingga ia mula menjadi tabiat baru anda. Perhatikan bagaimana mereka disekeling anda mula mengutamakan anda. Anak-anak mula mahu meluahkan perasaan dan berbincang. Suami atau isteri mula mahu lebih berinteraksi. Rakan-rakan mula menjadikan anda teman karibnya. Orang bawahan anda mula menghormati anda sebagai ketua. Begitulah berkuasanya bila anda mahu menjadi pendengar yang baik.
No comments:
Post a Comment