Hampir 80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya?
Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia.
Tanpa matlamat masa akan terbuang begitu sahajai tanpa disedari.
Imagination is power than
knowledge.
Ini
dipetik dari kata-kata Einstein.
Memang benar, imaginasi atau
impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Sebab, impian akan
mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan. Impian yang
sungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah
kejayaan.
Sedarkah anda begitu ramai orang
gagal dalam hidup mereka hari ini adalah mereka yang sebenarnya tahu tentang
faktor atau penyebab kejayaan. Pulang nanti, sekiranya anda bertemu
dengan seorang tukang kebun, cuba
tanya dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak kalau waktu
sekolah dulu pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun.... hari ini
pakcik mungkin dah jadi doktor". Apa agaknya kata pakcik itu??
"Tahu..pakcik tahuuu". Lihat seorang yang tahu apa
faktor yang boleh merubah masa depan kini berpuashati hanya sebagai tukang
kebun??? Inilah masalah anda. Anda tahu apa yang perlu dilakukan
untuk berjaya tetapi anda tidak punya matlamat. Tidak punya impian yang
cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.
Selepas ini, tenangkan fikiran
anda sebentar. Fikirkan soalan ini.
- Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
- Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
- Kenapa aku mahukannya?
- Bagaimana aku boleh mendapatkannya
Contoh matlamat:
Apa?
Aku mahu capai 4.00 pointer dalam Final Exam.
Bila?
Tahun 2003
Kenapa?
Untuk buktikan pada rakan-rakan yang aku ada kebolehan.
Untuk memenuhi hasrat ibu bapa.
Bagaimana?
Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
Aku mesti melatih setiap hari.
Tugasan mesti siap.
TV dan sembang-sembang mesti dikurangkan.
Pencapaian ujian dan kuiz bulan mesti memberangsangkan.
Cakap tidak serupa bikin. Inilah kelemahan anda.
Anda begitu bersungguh-sungguh memperkatakan tentang matlamat anda tapi apa pula tindakan anda? Pastikan setiap kata dikota.
Yang membezakan seorang doktor dengan seorang budak kilang ialah tindakan yang diambil sewaktu persekolahan mereka.
Tanyakan semua rakan-rakan anda, "besar nanti nak jadi apa?". Saya pasti tidak seorang pun akan memilih untuk menjadi budak kilang. Semua nak jadi doktor, jurutera, peguam. Wah! hebat sungguh cita-cita mereka tetapi tindakan kosong!!!.
Oleh itu untuk merealisasikan matlamat di atas tadi, pastikan susuli setiap perancangan dengan tindakan...tindakan...tindakan...
Coretan ini adalah titipan dari sumber :-
Internet
Semoga bermanafaat.
-kudine-
No comments:
Post a Comment